Vaksin COVID-19 tidak menukar anda menjadi Besi Berani

-

Tular di media sosial dan juga di group WhatsApp, bukan sahaja di Malaysia, video-video yang menunjukkan magnet melekat di tangan setelah mereka diberi vaksin COVID-19.

Al Edwards, profesor teknologi bioperubatan dari University of Reading, mengatakan bahawa tidak mungkin magnet boleh melekat pada lengan seseorang selepas suntikan.

Ini kerana badan kita dibentuk oleh bahan biologi sama seperti kandungan yang terdapat dalam vaksin. Jadi suntikan kandungan ini tidak akan memberi sebarang kesan.

Sekarang ini sudah tahun 2021. Ahli Group WhatsApp Karkun Halaqah T. Gelugor perlu tahu, mikrocip tidak lagi diperbuat daripada besi malah 80% daripada bahan ini adalah bahan tidak ber ‘magnetik’ seperti plastik dan tanah. Bagaimana magnet boleh melekat kepada bahan-bahan ini?

Snopes, kumpulan yang mengkaji kesahihan maklumat dan fakta di Amerika Syarikat, menjelaskan kemungkinan besar video menunjukkan lekatan magnet pada kulit sebahagiannya disebabkan oleh kelembapan pada permukaan kulit. Magnet juga kecil dan ringan. Ia serupa duit syilling yang ‘melekat’ pada dahi anda atau mengimbangkan sudu di hidung anda.

Pakcik dan makcik yang dirahmati Allh sekalian, bahan yang digunakan untuk membuat vaksin seperti Pfizer/BioNTech, Oxford/AstraZeneca dan Moderna dimaklumkan secara terbuka kepada orang ramai. Tiada bahan yang mempunyai daya tarikan magnet.

Alangkah lucunya bila pakcik dan makcik katakan, mikrocip dalam vaksin ini digunakan untuk mengambil data peribadi. Tidak perlu mikrocip yang mahal ini, kerana telefon bimbit sudahpun cukup untuk perhatikan perbuatan kita dan ambil maklumat kita.

Usah dengar kata Karkun, usah dengar kata entah Group WhatsApp sebelah, perihal cucuk vaksin ada mikrocip ini. Mereka bukan pakar dalam bidang ini.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika amanat telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi.” Ada seorang sahabat bertanya; ‘bagaimana maksud amanat disia-siakan?’ Nabi menjawab; “Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu.” (HR Al-Bukhari)

Cucuk vaksin tanpa was-was. Bersama kita hapuskan COVID-19 durjana ini.

Foto: Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

LANGGANI BULETIN KAMI

IKUTI KAMI

Berita Terkini

Melaka elections – a repetition of the Sabah 2020 elections?

The Melaka State Assembly was dissolved on October 4th,...

Bring Back The “Human” In All Of Us

WE live life doing repetitive tasks, habitual actions and...

Suatu erti merdeka

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Menyahut seruan merdeka kali ini terasa amat...

Pakatan Harapan Harus Mulakan Rundingan Kerusi Untuk PRU15

Beberapa bulan sebelum PRU14, keempat-empat parti dalam gabungan Pakatan...

berita berkaitanuntuk anda
di bawah