Tragedi Pelanggaran Di LRT Kelana Jaya, Pertama dalam Sejarah Sejak 23 Tahun Beroperasi

-

KUALA LUMPUR, Mei 24:  Negara telah dikejutkan dengan tragedi yang amat mengejutkan seluruh rakyat Malaysia apabila LRT laluan Kelana Jaya yang dikenali sebagai laluan LRT yang paling tersibuk di ibukota Kuala Lumpur telah berlaku perlanggaran antara dua tren pada kira-kira jam 8:45 malam pada hari ini. Seramai 213 orang yang mengalami kecederaan (166 dilaporkan cedera ringan dan 47 orang dilaporkan cedera parah) dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Kerja-kerja menyelamat telah dijalankan oleh pihak BOMBA, PDRM dan JPAM turut dibantu bersama staff RapidKL.

Siasatan awal mendapati pada jam 8:45 malam, pelanggaran telah berlaku antara tren dari Stesen KLCC menghala ke Stesen Kg Bharu yang dipandu secara automatik (berpenumpang) dengan tren dari Stesen Kg Bharu menghala ke Stesen KLCC yang dipandu secara manual. Kelajuan dicatat antara 20km/j dan 40km/j lantas membawa momentum yang agak kuat semasa berlaku pelanggaran.

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong yang turut berada di tempat kejadian mengatakan bahawa beliau akan menubuhkan satu ‘task force’ untuk menyiasat perkara ini sama ada berlakunya masalah teknikal atau ‘human error’ dalam pengendalian tren tersebut. Beliau juga mengatakan semasa sidang media bahawa semua mangsa yang dirawat di hospital juga mendapat perlindungan insurans daripada pihak Prasarana Malaysia Berhad.

Perkara ini perlu diambil serius memandangkan tragedi ini adalah paling tragis sejak perkhidmatan tren ini beroperasi selama 23 tahun.

Foto: Bernama

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

LANGGANI BULETIN KAMI

IKUTI KAMI

Berita Terkini

Melaka elections – a repetition of the Sabah 2020 elections?

The Melaka State Assembly was dissolved on October 4th,...

Bring Back The “Human” In All Of Us

WE live life doing repetitive tasks, habitual actions and...

Suatu erti merdeka

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Menyahut seruan merdeka kali ini terasa amat...

Pakatan Harapan Harus Mulakan Rundingan Kerusi Untuk PRU15

Beberapa bulan sebelum PRU14, keempat-empat parti dalam gabungan Pakatan...

berita berkaitanuntuk anda
di bawah