Tindakan Ikatan Menghalang Pendaftaran MUDA Tidak Demokratik

-

Tindakan Shahir Adnan yang merupakan Ketua Pemuda Ikatan adalah satu tindakan yang terkebelakang dan tidak demokratik. Sebagai sebuah parti yang membawa nama Bangsa Malaysia sewajarnya mempunyai jiwa yang besar dan mempertahankan hak setiap rakyat Malaysia untuk berpersatuan seperti yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Alasan yang kononnya pihak MUDA meniru nama Ikatan merupakan suatu yang tidak munasabah kerana perkataan “ikatan” bukanlah sesuatu yang ekslusif kepada mana-mana pihak.

Hal ini sama seperti mana Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau BERSATU yang menggunakan perkataan bersatu sama seperti Parti Bersatu Sabah yang lebih lama ditubuhkan sejak tahun 1985. Selain itu, perkataan bersatu yang bermaksud united dalam bahasa Inggeris yang telah digunakan oleh United Malay National Organisation atau UMNO sejak 1946 lagi turut digunakan oleh BERSATU. Namun, tidak pernah sekalipun isu seperti ini dijadikan satu permasalahan.

Lebih-lebih lagi, jika dalam kertas undi semasa pilihanraya tidak akan tertera nama penuh tetapi hanya logo, dan dalam kes ini logo MUDA secara jelas menggunakan perkataan akronim MUDA yang secara jelas tidak sama langsung dengan Ikatan.

Persoalan yang lebih penting adalah apabila Shahir mengatakan parti yang mendapat mendapat kelulusan bawah dari tiga tahun adalah sesuatu keistimewaan. Mungkin beliau ingin mengatakan bahawa terdapat pilih kasih dalam pendaftaran Perikatan Nasional yang diluluskan dalam tempoh tidak sampai sebulan. Bahkan, BERSATU ketika di era pentadbiran Barisan Nasional telah diluluskan hanya dalam tempoh sebulan.

Tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang masih belum meluluskan walaupun sudah 3 bulan tidak wajar dijadikan suatu kebiasaan kerana Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang mengangkat hak berpersatuan sebagai salah satu daripada hak asasi dalam Perlembagaan

Justeru, MUDA akan terus mendesak agar hak berpersatuan MUDA sebagai parti politik yang memperjuangkan budaya politik baharu dan inklusif diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

LANGGANI BULETIN KAMI

IKUTI KAMI

Berita Terkini

Melaka elections – a repetition of the Sabah 2020 elections?

The Melaka State Assembly was dissolved on October 4th,...

Bring Back The “Human” In All Of Us

WE live life doing repetitive tasks, habitual actions and...

Suatu erti merdeka

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Menyahut seruan merdeka kali ini terasa amat...

Pakatan Harapan Harus Mulakan Rundingan Kerusi Untuk PRU15

Beberapa bulan sebelum PRU14, keempat-empat parti dalam gabungan Pakatan...

berita berkaitanuntuk anda
di bawah