Susah dan miskin, tidak kenal rupa dan warna

-

Syed Saddiq

Jun 13, 2021

Dasar saya di Parlimen Muar adalah bantu selagi boleh bantu.

Saya ingin kongsi keadaan di Muar. Ramai lagi keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM800 sebulan. Ada daripada keluarga Melayu, Cina dan India. Susah dan miskin itu tidak kenal rupa dan warna kulit.

Dasar saya untuk Parlimen Muar adalah bantu selagi boleh bantu. Saya tahu memberi keperluan asas seperti beras, telur, kicap, bihun, gula, tepung, garam, teh, biskut dan susu ini hanyalah keperluan asas untuk mereka teruskan kehidupan.

Tapi kita bantu selagi boleh bantu.

Waktu memberi bantuan, saya dan team Muar tidak tanya, “Pakcik undi siapa?” atau “Aunty, you sokong parti mana?” Saya tak sekat bantuan kepada mana-mana pihak. Sokonglah siapa-siapa pun, kalau perlukan bantuan, saya bantu.

Semalam sahaja, kita sudah beri 1,600 set bekalan bantuan.

Banyak lagi yang perlukan bantuan. Saya pun buka ruang untuk rakyat Malaysia menyumbang sekali.

Kalau anda ada rezeki lebih untuk dikongsi, boleh klik link di bawah. Bantuan tunai terus pun saya letak di Option 4. Saya gunakan aplikasi ini untuk memudahkan team saya buat audit nanti.

Terima kasih.

Link Bantu Muar: bit.ly/muarsejiwa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

LANGGANI BULETIN KAMI

IKUTI KAMI

Berita Terkini

Bring Back The “Human” In All Of Us

WE live life doing repetitive tasks, habitual actions and...

Suatu erti merdeka

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Menyahut seruan merdeka kali ini terasa amat...

Pakatan Harapan Harus Mulakan Rundingan Kerusi Untuk PRU15

Beberapa bulan sebelum PRU14, keempat-empat parti dalam gabungan Pakatan...

Tumbangnya Pemerintah Zalim Di Tangan Rakyat: I. Nicolae Ceausescu Diktator Romania

Nicolae Ceaușescu bersama dengan isterinya Elena memerintah Romania sepanjang...

berita berkaitanuntuk anda
di bawah