Suatu erti merdeka

-

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!”

Menyahut seruan merdeka kali ini terasa amat berbeza; di kala kita semua semakin faham realiti, semakin terasa pahit ketidaksamaan, semakin mengetahui lubuk-lubuk sejarah yang disenyapkan.

Kita semua semakin sedar, merdeka itu bukanlah hanya bebas daripada penjajahan asing, tetapi seharusnya juga bebas daripada penjajahan minda dan jiwa yang telah terlalu lama diisi dengan dongeng dan normalisasi penindasan – oleh rakan semanusia senegara kita sendiri.

Maka, jika kita buat refleksi, apakah benar kita telah merdeka? Itu persoalan pertama.

Deklarasi juga di sini, aku anak Borneo. Di waktu-waktu seperti ini, aku tenung angka 31/08 di muka kalendar, “Apakah tarikh ini juga milik aku untuk raikan?” “Jika ya, adakah aku meraikannya sekadar sebagai pemerhati lantasan bukan berketurunanTanah Melayu?”

Kemudian aku alihkan pula pandangan ke angka 16/09, “Bukankah ini tarikh sebenar-benarnya PEMBENTUKAN Malaysia?”. Ya, pembentukan Malaysia, bukan kemerdekaan.

Aku anak Borneo, dan aku terasa keliru dengan pembolak balikan tarikh dan fakta sejarah. Di sini sudah ada empat persoalan.

Mungkin, inilah makna merdeka, untuk berfikir dan mempersoalkan – bukan sekadar duduk termangu dan telan apa sahaja yang disuap. Merdeka itu pada minda dan jiwa, merdeka itu adalah milik setiap seorang daripada kita, merdeka itu juga harus dikongsi bersama.

Merdeka itu bukan tentang sesuatu tarikh. Engkau boleh mulakan sekarang, ambil lah langkah walau setapak, sambar kebebasanmu, untuk engkau dan generasi depan.

Salam merdeka, teman.

Photo: Twitter rashidaaah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

LANGGANI BULETIN KAMI

IKUTI KAMI

Berita Terkini

Bring Back The “Human” In All Of Us

WE live life doing repetitive tasks, habitual actions and...

Suatu erti merdeka

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Menyahut seruan merdeka kali ini terasa amat...

Pakatan Harapan Harus Mulakan Rundingan Kerusi Untuk PRU15

Beberapa bulan sebelum PRU14, keempat-empat parti dalam gabungan Pakatan...

Tumbangnya Pemerintah Zalim Di Tangan Rakyat: I. Nicolae Ceausescu Diktator Romania

Nicolae Ceaușescu bersama dengan isterinya Elena memerintah Romania sepanjang...

berita berkaitanuntuk anda
di bawah