Siapa yang Salah?

-

Pandemik yang kian berterusan dan seperti tiada penghujungnya membuat kita memikirkan kembali nilai-nilai yang kita pegang. Selepas pandemik ini, adakah kita masih akan mengekalkan inti kemanusiaan kita? Atau kita akan menjadi sempit dalam sikap dan tindakan, dan akhirnya membiarkan masyarakat ini cair begitu sahaja?

Masih banyak yang kita perlu rencanakan dan usahakan. Kita terpanggil untuk menghalang mereka yang jadong, yakni jahat, bodoh, sombong, seperti yang pernah disebutkan sosiolog dan intelektual Malaysia Syed Hussein Alatas, daripada menentukan rentak irama politik dan pembangunan negara kita.

Kejadian pandemik tidak perlu membuat kita putus asa. Pelaksanaan lockdown tentunya tidak dapat melenturkan semangat kita untuk mengubah keadaan. Untuk mendorong upaya yang lebih baik agar sentiasa peduli kepada kesusahan masyarakat serta gerakan rakyat.

Pada minggu-minggu yang akan datang, kita barangkali akan melihat sahaja lebih ketidakpastian dan perhitungan kepentingan oleh mereka yang berkuasa dalam arena politik.

Oleh kerana itu, kita perlu sentiasa peka kepada setiap cubaan untuk memecahkan barisan masyarakat awam dan pengkritik status quo. Dan untuk mengelak daripada konflik-konflik luaran yang tidak berkait dengan asas-asas politik dan ekonomi yang mengukuhkan kuasa dan dominasi kerajaan sedia ada. Terutamanya pada waktu ini bilamana isu-isu dan hujah-hujah ringan akan ditiupkan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada masalah-masalah sebenar negara.

Fokus kerajaan dan pihak berkuasa kepada tingkah laku masyarakat adalah antara contoh pengalihan perhatian dan tanggungjawab ini.

Dikatakan bahawa keadaan yang kini berlangsung dalam negara adalah disebabkan oleh ketidakpatuhan rakyat kepada peraturan dan garis panduan tertentu. Tetapi rakyat tidak boleh dipersalahkan. Rakyat melakukan dan meneruskan kehidupan mereka sebagaimana diacuankan oleh kerajaan dan pimpinan politik yang mengetuainya.

Hujah sebegini adalah tidak bertanggungjawab. Dan gambarannya mengkaburi mata masyarakat.

Bagaimana tanggungjawab boleh dialihkan dan dipindahkan ke atas bahu rakyat, sedangkan kerajaan yang memegang segala sumber dan kuasa politik, kewangan dan dana, dan jentera negara?

Kuasa dan pembuatan keputusan dimonopoli pucuk kepimpinan. Tetapi bencana dan masalah dikongsikan bersama dan dibebani pada rakyat. Bahkan rakyat dipersalahkan sebagai punca kepada semua permasalahan ini.

Keadaan sebegini tidak seharusnya dibiarkan berterusan. Tanggungjawab pemimpin untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Kalau tidak berupaya melaksanakan tanggungjawab, caranya adalah untuk minta izin undur diri atau menyerahkan posisi kepada pihak yang lain.

Dan rakyat boleh membuat tuntutan ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

LANGGANI BULETIN KAMI

IKUTI KAMI

Berita Terkini

Melaka elections – a repetition of the Sabah 2020 elections?

The Melaka State Assembly was dissolved on October 4th,...

Bring Back The “Human” In All Of Us

WE live life doing repetitive tasks, habitual actions and...

Suatu erti merdeka

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Menyahut seruan merdeka kali ini terasa amat...

Pakatan Harapan Harus Mulakan Rundingan Kerusi Untuk PRU15

Beberapa bulan sebelum PRU14, keempat-empat parti dalam gabungan Pakatan...

berita berkaitanuntuk anda
di bawah