Serahkan Undi Kami

-

Cuba kita berhenti sebentar. Cuba dengar dan lihat. Kita akan nampak semangat membara warga muda, kita akan kedengaran laungan azam mereka. Warna-warni, penuh visi, mencetus inspirasi, mengembalikan semula nilai sebenar sebuah perjuangan.

Sering dikatakan “Golongan muda adalah generasi pemimpin masa hadapan”.

Benar tapi tidak sebenar-benarnya tepat, kerana golongan ini adalah pemimpin HARI INI, DETIK INI.

Kini, semakin ramai belia tampil untuk memimpin, memilih dan menyumbang kepada komuniti dan negara. Golongan muda harus diberi dorongan dan laluan untuk menyumbang, juga diberikan ruang dan peluang untuk bersuara.

Undi18 adalah titik perubahan yang signifikan sebagai pembuka jalan itu. Kini jalan itu pula disekat atas sebab-sebab yang tidak munasabah. Tindakan ini adalah satu rompakan terhadap hak warga belia dan menghakis prinsip demokrasi negara.

Justifikasi yang sering diwar-warkan adalah ‘Anak muda belum bersedia’. Naratif ini sudah lapuk. Jika kita semua dengar dan lihat: kita akan nampak muda-mudi yang bergerak di akar umbi dan berkerja keras memperjuangkan nasib komuniti, kita akan dengar suara-suara mereka yang bersumberkan pemikiran kritis dan mewakili perspektif pelbagai kelompok.

Ya, sebahagian daripada mereka ini berumur 18 ataupun lebih muda lagi. Ya, mereka cakna.

‘Anak muda belum bersedia’ adalah sekadar satu alasan untuk berdolak-dalih. Malaysia mempunya sumber yang kaya dan pelbagai untuk memberikan pendidikan politik yang mantap kepada rakyatnya.

Golongan muda berhak mendapat pendedahan itu, layak berdiskusi tentang politik dalam ruang membina tanpa ancaman dan intimidasi. Mereka wajar diberi peluang untuk melalui proses pemikiran dan bukannya desakan untuk membentuk sesuatu ketetapan. Anak muda boleh lebih bersedia jika pihak kerajaan mendokong persediaan itu.

Namun, malangnya, mereka yang berkuasa lebih memilih untuk mengekang gerakan orang muda. Buktinya dapat dilihat melalui sekatan inisiatif Undi18. Persoalannya adalah mengapa? Adakah kerana mereka sedar sokongan anak muda tidak menyebelahi mereka? Adakah kerana gerun dengan semangat dan kebolehan warga belia? Ataupun takut dengan nilai integriti dan etika muda-mudi negara yang mencabar norma korupsi mereka?

Sudah sampai masa kita mengiktiraf bahawa warga muda negara ini berkebolehan tinggi dan layak memimpin serta memilih. Pelaksanaan Undi18 adalah terjemahan pengiktirafan itu.

Ia juga adalah janji dan janji itu keramat, maka kami tuntut, tunaikan. Serahkan undi kami.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

LANGGANI BULETIN KAMI

IKUTI KAMI

Berita Terkini

Melaka elections – a repetition of the Sabah 2020 elections?

The Melaka State Assembly was dissolved on October 4th,...

Bring Back The “Human” In All Of Us

WE live life doing repetitive tasks, habitual actions and...

Suatu erti merdeka

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Menyahut seruan merdeka kali ini terasa amat...

Pakatan Harapan Harus Mulakan Rundingan Kerusi Untuk PRU15

Beberapa bulan sebelum PRU14, keempat-empat parti dalam gabungan Pakatan...

berita berkaitanuntuk anda
di bawah