Saman dan denda berkadar lebih adil

-

Oleh Hilmi Saifullah

Di Malaysia, sistem denda dikenakan tanpa mengira jumlah pendapatan pesalahlaku. Hasil sistem ini, pesalahlaku yang kaya tidak merasa terkesan kerana membayar jumlah denda yang sama dengan yang miskin.

Pesalahlaku miskin terperangkap dalam kitaran hutang yang tidak berhenti, manakala pesalahlaku kaya mampu membayar dengan mudah.

Pendekatan mengikut definisi ‘One-size-fits-all-fines’ gagal untuk memenuhi matlamat asas sistem keadilan.

Kerajaan telah mengumumkan kompaun saman RM 10,000 jika melanggar SOP di bawah ordinan darurat. Jumlah ini tidak memberikan kesan jika individu yang disaman itu kaya seperti Neelofa dan suami. Contohnya kerana melanggar SOP, malah mereka secara sukarela melanggar lagi SOP berkali-kali sehingga ke Langkawi dan Nilai.

Tetapi, jumlah RM 10,000 itu besar jika dikenakan kepada golongan yang bergelut untuk mencari sumber pendapatan. Begitu juga dengan kes umum seperti, contohnya saman kesalahan trafik RM300 bagi graduan muda yang bergaji RM1,500. Ia mendatangkan kesan yang tinggi berbanding jumlah saman yang sama dikenakan kepada pemilik syarikat yang bergaji RM10,000.

Ini jelas tidak mencapai matlamat asas sistem keadilan untuk menilai semua pesalahlaku secara adil, menghukum yang bersalah, dan menghormati undang-undang.

Malaysia boleh memperkenalkan sistem hukuman progresif, iaitu sistem denda berasaskan status sosio-ekonomi atau jumlah pendapatan bersih. Pesalahlaku akan menanggung beban yang lebih adil jika melanggar peraturan, tanpa mengira latar belakang.

Sudah hampir 100 tahun, sistem ini dilaksanakan di negara-negara lain. Sistem ini cekap dalam melaksanakan hak kesamarataan di samping meningkatkan pendapatan negara. Pada pandangan saya, ia mendatangkan banyak kebaikan daripada keburukan untuk sistem keadilan Malaysia.

Sistem hukuman progresif ini bukan bermaksud golongan berpendapatan rendah boleh melakukan kesalahan secara bebas. Contohnya, jumlah kompaun saman trafik RM300 minimum masih lagi dikenakan kepada pesalahlaku. Namun jumlah itu ditingkatkan berkala mengikut jumlah pendapatan, dan kekerapan individu itu melanggar peraturan.

Begitu juga dengan hukuman denda yang sedia ada dalam institusi keadilan bagi kesalahan lain seperti rasuah, dadah, pecah amanah, dan salah laku yang lain. Jumlah denda minima sedia ada masih boleh dikekalkan tapi diselaraskan berdasarkan keberatan kesalahan dilakukan, ukuran denda yang akan dikenakan, dan secara berkala mengikut jumlah pendapatan.

Maklumat pesalahlaku boleh diselaraskan dengan data LHDN, EPF, CCRIS, dan BNM. Malaysia harus mengaplikasikan IR4.0 dalam sistem kerajaan supaya dapat mengurangkan kesilapan dan berat sebelah manusia dalam pembuatan keputusan ketika perlaksanaan.

Budi bicara pihak penguasa masih lagi diperlukan, dan sistem ini tidak dapat menyelesaikan semua isu dalam sistem keadilan. Tetapi, ia boleh menjadi langkah pertama dalam melaksanakan hukuman yang setara.

Bagi sesetengah pihak, sistem denda ini bukan sistem yang adil, tapi mereka mungkin terlepas pandang bahawa sistem sedia ada boleh menindas yang miskin bertambah miskin, dan yang kaya kekal kaya.

Yang ironisnya, pesalahlaku tidak terhad kepada yang miskin sahaja. Mereka yang kaya juga banyak melakukan salah laku, cuma mereka senang terlepas disebabkan pengaruh dan kemampuan bayar denda.

Yang kaya akan cuai, bahkan sengaja, membuat kesalahan berulang kali kerana denda yang dikenakan mungkin 1/1000 daripada jumlah pendapatan, manakala bagi yang miskin adalah seluruh gaji mereka.

Adakah ini keadilan yang setimpal?

 

Foto: Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

LANGGANI BULETIN KAMI

IKUTI KAMI

Berita Terkini

Melaka elections – a repetition of the Sabah 2020 elections?

The Melaka State Assembly was dissolved on October 4th,...

Bring Back The “Human” In All Of Us

WE live life doing repetitive tasks, habitual actions and...

Suatu erti merdeka

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Menyahut seruan merdeka kali ini terasa amat...

Pakatan Harapan Harus Mulakan Rundingan Kerusi Untuk PRU15

Beberapa bulan sebelum PRU14, keempat-empat parti dalam gabungan Pakatan...

berita berkaitanuntuk anda
di bawah