Rakyat Bersuara: #BukaPuasaBukaParlimen

-

Pada hari Jumaat yang lepas, kira-kira 100 orang telah berkumpul di hadapan bangunan Parlimen untuk bersama-sama membuka puasa, sekaligus bagi menyeru kerajaan untuk membuka Parlimen. Hampir kesemua sektor ekonomi termasuk sekolah dan premis perniagaan sudahpun dibuka, tetapi Parlimen masih belum bersidang.

Selain daripada mendesak kerajaan “membuka” Parlimen dengan segera, mereka juga menuntut enam perkara lain termasuk pelaksanakan Undi18 dengan serta-merta. Empat lagi tuntutan yang dibuat ialah jaminan kemandirian ekonomi rakyat, pemerkasaan pendidikan yang selamat untuk semua, pemerkasaan hak Sabah dan Sarawak serta penguatkuasaan undang-undang saksama dan berperikemanusiaan.

Golongan yang hadir terdiri daripada ahli MUDA, Undi18, MISI: Solidariti, Bersih, Demokrat Kebangsaan/Borneo Komrad, PSM, Pemuda Amanah, Pejuanita Muda, PKR, kumpulan mahasiswa, YPolitics, UMANY, SUARAM, DAPSY, Myer movement dan Malaysia Muda.

Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir yang juga hadir telah mengatakan bahawa “We don’t want to hear any more excuses. They had ample time to make all the preparations,” apabila ditanya tentang implimentasi Undi18.

Selain berbuka puasa, para peserta telah menunaikan sembahyang Maghrib berjemaah disusuli dengan bacaan al-Quran dan kupasan ayat al-Quran berkaitan kerajaan yang zalim. Dapat dilihat semua peserta memakai kain pelikat dan membawa papan tanda yang mengangkat mesej yang cuba disampaikan. Antara slogan yang tertera pada papan tanda mereka termasuklah “BukaPuasa, Buka Parlimen”, “Tamat Darurat” dan “Rakyat Bangkit”.

Walaupun aktiviti tersebut tidak bersifat ganas atau agresif dan pihak peserta telah mengikut SOP yang ditetapkan dengan memakai mask dan mengamalkan penjarakkan sosial, namun pihak polis telah mengklasifikasikan aktiviti tersebut sebagai satu perjumpaan yang haram. Mengikut Ketua Polis Sentul Beh Eng Lai, pihak polis tidak diberitahu lebih awal tentang aktiviti tersebut, yang menjadikan aktiviti itu tidak sah di sisi undang-undang.

Pihak polis Bukit Aman: “Checks found that there were no application received by the Dang Wangi district police headquarters from any parties to hold the assembly,”

Akta yang dirujuk ialah Akta Perhimpunan Aman 2012 di mana Seksyen 9(5) secara khusus menyatakan bahawa penganjur mana-mana perhimpunan mestilah memberikan notis kepada pihak polis sekurang-kurangnya 5 hari sebelum perhimpunan tersebut dijalankan.

Sejurus dengan itu, pihak polis telah mengesahkan bahawa sebanyak 90 orang yang terlibat dalam aktiviti tersebut akan dipanggil untuk disiasat atas kesalahan menganjurkan perhimpunan awam tanpa memberikan notis kepada pihak polis.

Di sini dapat kita faham bahawa suara rakyat terus tidak diendahkan, walaupun hanya berhimpun secara aman dan tidak bersifat ganas. Bukan sahaja tuntutan yang dikemukakan tidak diambil tindakan yang sewajarnya tetapi sebaliknya mereka yang terlibat terpaksa menghadap siasatan daripada pihak polis semata-mata kerana mempertahankan hak mereka sebagai rakyat Malaysia.

 

Rujukan:

https://www.thevibes.com/articles/news/25771/buka-puasa-buka-parlimen-marchers-demand-mps-reconvene

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/05/01/cops-call-in-around-90-who-broke-fast-in-front-of-parliament-yesterday-urgi/1970916

https://www.malaysiakini.com/news/572882

Foto: Twitter amirxabdhadi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

LANGGANI BULETIN KAMI

IKUTI KAMI

Berita Terkini

Melaka elections – a repetition of the Sabah 2020 elections?

The Melaka State Assembly was dissolved on October 4th,...

Bring Back The “Human” In All Of Us

WE live life doing repetitive tasks, habitual actions and...

Suatu erti merdeka

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Menyahut seruan merdeka kali ini terasa amat...

Pakatan Harapan Harus Mulakan Rundingan Kerusi Untuk PRU15

Beberapa bulan sebelum PRU14, keempat-empat parti dalam gabungan Pakatan...

berita berkaitanuntuk anda
di bawah