Tradisi Pusat Penjaja Singapura Diiktiraf UNESCO

-

SINGAPURA: Tradisi menikmati makanan di ruang umum terbuka pusat penjaja di Singapura yang dipopularkan chef selebriti dan filem popular seperti Crazy Rich Asians, telah mendapat pengiktirafan.

Pengiktirafan daripada pihak Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu diberikan atas sebab nilai signifikasi budaya dalam kalangan rakyat pulau republik itu.

Pada Rabu, agensi kebudayaan PBB tersebut telah menambah ‘budaya penjaja’ Singapura dalam senarai Warisan Budaya Tidak Ketara, hampir dua tahun selepas Singapura menghantar penyertaan untuk dinilai.

Pusat penjaja di Singapura dibina untuk menempatkan bekas penjaja dan penjual jalanan, sebagai sebahagian usaha pembersihan negara itu sekitar tahun 1970-an. Setiap lokasi pusat penjaja itu menawarkan pelbagai hidangan murah dan mudah sedia kepada pelanggan tempatam, selain menawarkan suasana sosial.

“Pusat penjaja ini berfungsi sebagai ruang makan komuniti, dengan pelbagai lapisan masyarakat berkumpul dan berkongsi pengalaman menjamu selera sama ada ketika waktu sarapan, makan tengah hari atau makan malam,” ujar wakil UNESCO.

Chef selebriti seperti Anthony Bourdain dan Gordon Ramsay sebelum ini sudah ‘mempromosi’ makanan kegemaran mereka di pusat penjaja seumpamanya, seperti nasi ayam.

Pada tahun 2018 pula, filem Crazy Rich Asians menunjukkan aksi para pelakonnya menikmati variasi hidangan untuk makan malam di lokasi berkenaan. Sementara itu, ada beberapa pengusaha gerai juga telah meraih bintang Michelin bagi hidangan yang hanya berharga beberapa dolar.

Walau bagaimanapun, pusat penjaja Singapura berdepan cabaran tersendiri.

Umur median bagi golongan penjaja di republik itu ialah 60 tahun, dan golongan muda tempatan sudah ‘menjauhi’ pekerjaan di dapur yang sempit dan panas untuk memilih kerjaya di pejabat selesa. Pandemik COVID-19 juga satu tamparan hebat apabila tiada pelancong yang boleh datang ke tempat itu seperti biasa, malah warga tempatan juga tidak dibenarkan makan di luar kediaman ketika perintah kawalan pergerakan mula dikuatkuasakan pada awal tahun ini.

Singapura perlu menghantar laporan kepada UNESCO setiap enam tahun, bagi menunjukkan usaha yang dijalankan untuk mengekal dan mempromosi ‘budaya penjaja’ mereka.

Sumber: Astroawani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

LANGGANI BULETIN KAMI

IKUTI KAMI

Berita Terkini

Melaka elections – a repetition of the Sabah 2020 elections?

The Melaka State Assembly was dissolved on October 4th,...

Bring Back The “Human” In All Of Us

WE live life doing repetitive tasks, habitual actions and...

Suatu erti merdeka

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Menyahut seruan merdeka kali ini terasa amat...

Pakatan Harapan Harus Mulakan Rundingan Kerusi Untuk PRU15

Beberapa bulan sebelum PRU14, keempat-empat parti dalam gabungan Pakatan...

berita berkaitanuntuk anda
di bawah