Politik Cita Bencana, Kuasa dan Harta

-

Oleh Izaan Jamil dan Rashidah Kamaluddin 

Adakah kerjaya sebagai ahli politik ini bersifat diwarisi?

Adilkah untuk seseorang Warlords membenam bakat di luar semata-mata untuk darah daging beliau mewarisi dan memimpin rakyat yang diwakili?

Adakah budaya Warlords ini sihat untuk persekitaran politik tanah air kita?

Lahir di dalam keluarga yang menganggotai sebuah Parti Melayu Keramat, pastinya cerita politik diselitkan, atau topik utama yang dibincangkan ketika kenduri, majlis perkahwinan, mahupun perhimpunan mingguan keluarga.

Sebagai seorang yang masih menuntut di universiti, kadangkala terketawa dan hairan mendengar pakcik, makcik, dan sanak saudara bertikam lidah berkenaan sesetengah isu terutamanya yang melibatkan perebutan jawatan. Terdetik di dalam hati “Apalah bodoh betul mahu bergaduh pasal jawatan, bukannya boleh kaya pun”.

Kita silap dan naif kerana pada kita jawatan itu adalah symbol tanggungjawab, tetapi bagi sesetengah orang jawatan itu hadir beserta kuasa dan wang ringgit. Bayangkan jawatan sekecil AJK Bahagian sudah cukup untuk membuatkan seseorang itu kaya dan hidup mewah.

Setelah lebih 10 tahun dan aktif mengikuti perkembangan politik semasa, kita mulai sedar sebab utama kenapa sesuatu jawatan itu sangat penting.

Kita silap dan naif kerana pada kita jawatan itu adalah symbol tanggungjawab, tetapi bagi sesetengah orang jawatan itu hadir beserta kuasa dan wang ringgit. Bayangkan jawatan sekecil AJK Bahagian sudah cukup untuk membuatkan seseorang itu kaya dan hidup mewah.

Tetapi proses untuk mendapatkan sesuatu jawatan itu bukan semudah mencalonkan diri, mengundi, dan menunggu keputusan sama ada menang ataupun tewas. 1001 cerita disebalik setiap proses ini. Kita mengikuti rapat saudara saya yang cuba untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda Bahagian. Siang, malam, pagi, petang, hampir tiap masa diluangkan untuk berkempen bagi merebut jawatan tersebut.

3 hari sebelum hari pencalonan, beliau dihubungi oleh Ketua Bahagian untuk tidak mencalonkan diri tanpa sebarang alasan. Perasaan amarah itu jelas kelihatan, masa dan wang ringgit yang dibelanjakan terbang begitu sahaja tetapi terpaksa akur dengan arahan Ketua Bahagian. Tiba hari pencalonan, perasaan amarah itu bertambah-tambah apabila anak kepada Ketua Bahagian itu menang tanpa bertanding.

Daripada peristiwa ini kita mulai faham siapa Ketua Bahagian, Panglima Perang, atau Warlords yang dimaksudkan oleh ahli-ahli politik. Kita juga mulai sedar makna disebalik ayat “anak muda yang berbakat dan berpotensi tidak mendapat peluang”.

Oleh kerana Warlords ini handal dan tahu selok belok politik, mereka juga akan memastikan anak mereka melalui jalan yang mudah untuk mendaki ke puncak kuasa, dan seterusnya mewarisi kerusi yang diwakili kepada anak mereka sendiri. Lihat sahaja diluar sana berapa banyak ahli politik muda menjadi “Yang Berhormat” melalui kerusi yang diwarisi daripada ibu atau bapa mereka.

Budaya Warlords ini bukan sahaja dipraktikkan oleh parti pemerintah tetapi juga parti pembangkang. Boleh dikatakan setiap parti mempunyai modus operandi yang sama.

Adakah kerjaya sebagai ahli politik ini bersifat diwarisi?

Adilkah untuk seseorang Warlords membenam bakat di luar semata-mata untuk darah daging beliau mewarisi dan memimpin rakyat yang diwakili?

Adakah budaya Warlords ini sihat untuk persekitaran politik tanah air kita?

Jawatan “Yang Berhormat” ini bukan harta keluarga.

Negara ini bertapak atas pengorbanan para pejuang generasi lepas. Maka, cukup mengecewakan apabila sifat kemaruk kuasa dan harta ‘bagaikan tiada lagi congakan selepas mati’ ini semakin hari mengikis makna perjuangan lepas.

Kuasa itu amanah, jawatan itu tanggungjawab.

Hanya yang mengerti perkara itu layak menjadi pemimpin. Malangnya, kebanyakan yang kini menyandang nama itu, telah membuat onar ke atas nama tanah air ini. Tolak korupsi, tolak sistem kroni.

Foto: Twitter wachewarence

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

LANGGANI BULETIN KAMI

IKUTI KAMI

Berita Terkini

Melaka elections – a repetition of the Sabah 2020 elections?

The Melaka State Assembly was dissolved on October 4th,...

Bring Back The “Human” In All Of Us

WE live life doing repetitive tasks, habitual actions and...

Suatu erti merdeka

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Menyahut seruan merdeka kali ini terasa amat...

Pakatan Harapan Harus Mulakan Rundingan Kerusi Untuk PRU15

Beberapa bulan sebelum PRU14, keempat-empat parti dalam gabungan Pakatan...

berita berkaitanuntuk anda
di bawah