Pakej Bantuan Khas Muar SEJIWA

-

Syed Saddiq

Mei 31, 2021

 

Saya ingin umumkan Pakej Bantuan Khas Muar SEJIWA khas untuk rakyat Muar. SEJIWA mempunyai 3 teras utama bertujuan untuk membantu rakyat Muar yang susah, lapar dan sakit untuk bertahan sepanjang tempoh kuncitara (“total lockdown”) PKP 3.0 ini.

  1. Menyediakan Insentif Pendidikan untuk Pelajar Muar

Sehingga kini, kita telah bantu sediakan laptop dan tablet kepada lebih 793 pelajar dari keluarga susah di Muar.

Kali ini, SEJIWA akan membantu menyediakan lagi 300 TABLET kepada pelajar Muar.

  1. Menyara Bekalan Makan Minum Keluarga Muar

Parlimen Muar sudah bantu lebih 7,000 keluarga susah menerima bantuan Food Bank.

Kali ini, SEJIWA akan sediakan lagi bekalan Food Bank kepada 1,000 keluarga supaya tidak ada orang lapar dan dahaga.

  1. Memudahkan Urusan Vaksinasi Rakyat Muar

Bagi urusan vaksinasi, ada tiga bantuan SEJIWA akan diberikan kepada orang Muar.

i. 30 Penggerak Vaksin Parlimen Muar akan pergi rumah ke rumah dan pintu ke pintu untuk membantu lebih 1,000 isi keluarga Muar mendaftar vaksin di atas talian.

ii. SEJIWA juga akan memberi insentif pengangkutan Muar-Johor Bahru untuk mana-mana rakyat Parlimen Muar mendapat suntikan Vaksin.

iii. Memberikan subsidi Ujian Saringan RTK COVID-19 kepada rakyat Muar.

SEJIWA adalah langkah kanan Parlimen Muar untuk menghadapi PKP 3.0.

Persoalan timbul, bagaimana SEJIWA mendapat dana untuk melakukan semua ini?

  • Pertama, saya akan serahkan gaji bulan Jun kepada SEJIWA.
  • Kedua, saya serahkan 100% keuntungan jualan Kurta Syed Saddiq.
  • Ketiga, saya serahkan 100% keuntungan merchandise Jalan Tegak.

Kalau anda mahu bantu biaya SEJIWA, boleh bantu terus kepada Parlimen Muar.

Klik sini: www.billplz.com/bantuanmuarsejiwa

atau

CIMB Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar: 8603323060

100% sumbangan kepada Pejabat Parlimen Muar akan disalurkan untuk Muar Sejiwa.

Terima kasih semua. Doakan SEJIWA menjadi projek rintis untuk menjadi ikutan dan tauladan Kerajaan.

MUAR SEJIWA!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

LANGGANI BULETIN KAMI

IKUTI KAMI

Berita Terkini

Melaka elections – a repetition of the Sabah 2020 elections?

The Melaka State Assembly was dissolved on October 4th,...

Bring Back The “Human” In All Of Us

WE live life doing repetitive tasks, habitual actions and...

Suatu erti merdeka

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Menyahut seruan merdeka kali ini terasa amat...

Pakatan Harapan Harus Mulakan Rundingan Kerusi Untuk PRU15

Beberapa bulan sebelum PRU14, keempat-empat parti dalam gabungan Pakatan...

berita berkaitanuntuk anda
di bawah