Negara Sakit Asia

-

Dan kita harus memilih dan memihak, kerana dalam dunia kita ini, tiada siapa pun yang boleh berkecuali.”

UMUM mendengar bahawa sekiranya kita ingin menguji sikap hidup seseorang atau sesebuah masyarakat, lakukannya ketika waktu susah atau tragedi melanda. Adakah nasib golongan mereka yang paling memerlukan akan dilindungi? Adakah mereka yang paling susah akan dikorbankan untuk “kebaikan yang lebih besar”?

Ternyata dalam setahun atau lebih ini, Malaysia tidak kesampaian dalam mempribadikan ciri budaya yang sentiasa menegakkan kesentosaan golongan yang terbanyak dan “terbawah” miliknya. Perhatikan sahaja jenis pemikiran dan bicara yang berotoriti serta meluas dalam media dan pertuturan di kalangan masyarakat. Bagi setiap isu yang timbul, tentu ada pihak atau golongan yang menjadi kambing hitam.

Isu-isu yang berlangsung dapat merangkumi sama ada sektor ekonomi, kesihatan, jenayah dan perundangan, atau budaya.

***

Sebagai contoh dalam keadaan pandemik COVID-19, golongan warga dan pekerja asing ditonjolkan menjadi punca kepada penularan pesat virus ini dan meningkatnya kes pesakit. Barangkali tidak ramai yang sedar bahawa dalam proses ‘penghukuman’ sebegini perkataan yang digunakan sangat spesifik dan berat konotasinya. Antaranya tentu ‘pekerja asing’ dan ‘warga asing’.

Ada lain juga seperti ‘migran’, ‘pendatang asing’ dan ‘pendatang tanpa izin’. Kata ini digunakan begitu meluas dan ‘biasa’ sehinggakan kita menerimanya sebagai semula jadi atau natural, meskipun mereka yang dijolokkan label sebegini bukan sebabnya kita menghadapi pelbagai masalah sosial dan ekonomi.

Juga tetapi, ia bersifat berat sebelah dan prejudis. Contohnya, perkataan lain seperti expat atau expatriate tidak disertakan dalam wacana-wacana yang menghukum yang sedia ada. Maknanya adalah bahawa golongan expat ini tidak dianggap sebagai ‘masalah’ dan punca kepada isu-isu sosial sini, walaupun mereka juga datangnya dari luar negara dan bekerja di Malaysia.

Keadaan sebegini terlaksana kerana ada hubungan kuasa dan ekonomi yang tidak sekata antara dua kelompok ini, yaitu mereka yang bekerja di sektor yang lebih profesional dan ‘tinggi’ dan mereka yang bekerja dalam sektor ‘kotor’ dan lowumpamanya dalam pasaraya atau F&B. Oleh itu, golongan yang kedua mempunyai nilai yang dikatakan lebih rendah dan boleh dipakai buang begitu.

***

Selain golongan warga asing, kumpulan lain yang selalu dijadikan bungkusan tinju adalah pekerja-pekerja yang terlibat dalam sektor-sektor perkhidmatan, peruncitan dan pengangkutan. Kumpulan ini juga menjangkau mereka yang bekerja dalam gig economy. Daripada segi bentuk skop kerja, mereka terdiri daripada pemandu, pekerja logistik, penghantar makanan dan barangan, dan petukang.

Kehadiran golongan ini dalam kehidupan seharian kita jelas. Kepentingan mereka kunci kepada jana ekonomi negara. Namun, golongan pekerja dan manusia berkenaan juga yang paling dieksploitasi dan tidak menentu taraf ekonomi mereka. Tugasnya melibatkan tempoh masa kerja yang panjang. Risiko kesihatan disebabkan situasi pandemik pun tinggi.

Dalam waktu krisis kesihatan awam dan tekanan ekonomi yang runcing, masyarakat beralih kepada urusniaga atas talian menyebabkan syarikat-syarakat yang menjalankan perniagaan dalam atau menyediakan kemudahan dan servis sokongan kepada urusniaga talian dan digital semakin mustahak. Dan tentunya, keuntungan berlipat ganda.

Namun, bertentangan dengan kepercayaan umum bahawa perkembangan ekonomi yang pesat akan membawa kepada menitisnya keuntungan ini kepada pekerja-pekerja lain dan segenap rakyat, kepesatan ini tidak membawa manfaat asas kepada golongan pekerja dalam piramid sosial di mana susun lapis masyarakat paling luas. Sebaliknya kekayaan dimiliki dan tertumpu di kalangan golongan elit ekonomi teratas.

Apabila berlakunya kerumitan dan pertunjukkan perasaan, golongan pekerja terbanyak yang dipersalahkan. Ia tidak beza dengan nasib rakyat terbanyak, yang mana kelangsungan pandemik ini adalah beban mereka seperti yang dituduh oleh kaum kepimpinan kerajaan.

***

Negara Malaysia di bawah kerajaan sedia wujud ini sudah hilang hala tujunya. Sebagai sebuah bangsa dan tamadun yang dikatakan memiliki budaya yang tinggi dan faham agama yang terhormat, pelbagai persoalan berkait siasah dan moral masih gagal dijawab. Pendirian teras dan laksana etika negara begitu juga tidak jelas.

Sebuah negara yang mana dalam waktu genting golongan yang paling susah dijadikan mangsa, dihukum dan dipersalahkan, langsung tidak mencerminkan wujudnya sebuah bangsa yang tinggi budayanya. Bangsa yang sebegini adalah bangsa yang sakit. Negara yang tenat.

Untuk kita bergerak ke depan, perspektif nilai dan moral perlu dijernihkan. Agar kita dapat meneruskan perbangunan sebagai sebuah negara yang bulat dan dihormati di rantau ini dan dunia. Hanya kepimpinan yang berwibawa dan rakyat Malaysia seluruhnya dapat mendorong perjuangan ini.

Foto: Malaysiakini

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

LANGGANI BULETIN KAMI

IKUTI KAMI

Berita Terkini

Melaka elections – a repetition of the Sabah 2020 elections?

The Melaka State Assembly was dissolved on October 4th,...

Bring Back The “Human” In All Of Us

WE live life doing repetitive tasks, habitual actions and...

Suatu erti merdeka

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Menyahut seruan merdeka kali ini terasa amat...

Pakatan Harapan Harus Mulakan Rundingan Kerusi Untuk PRU15

Beberapa bulan sebelum PRU14, keempat-empat parti dalam gabungan Pakatan...

berita berkaitanuntuk anda
di bawah