Menakhodai Ombak Politik

-

Kita sering terdengar penyataan seperti “Aku sudah muak dengan politik, konflik tiada henti,” “Politik terlalu sukar hendak difahami” atau “Aku tidak mahu ambil tahu”. Antara semua kalimah itu, yang terakhir itu sekali yang paling beracun untuk kau, aku dan masyarakat kita.

Oleh itu, ini adalah satu usul untuk kita semua membalas dengan “aku dengar, aku lihat, aku ambil tahu.”

Tergugatnya kesaksamaan dan kedamaian dalam masyarakat bukan kerana konflik, tetapi akar umbinya dan kelalaian. Konflik merumitkan situasi, tetapi ia juga memperlihatkan kita adanya perbezaan, adanya perjuangan, dan adanya juga mereka yang duduk di sudut yang selesa membutakan mata. Konflik adalah isyarat, ia adalah laungan “mari dengar, mari lihat, mari ambil tahu.”

Atas dasar demokrasi, setiap daripada kita ada hak untuk memilih dan bersuara, tetapi kita perlu dahulu memahami konteks dan mengiktiraf perbezaan. Oleh itu, ini adalah satu usul untuk kita semua membalas dengan “aku dengar, aku lihat, aku ambil tahu.”

Politik adalah sebuah entiti yang kompleks dan berubah dengan pantas. Jika hidup ini diumpamakan seperti putaran roda, politik pula bagaikan ombak. Ada masa ia melonjak dan menghempas mengikut irama ramalan, ada masa membawa berkat ke daratan, ada masa ia berubah menjadi ganas dan menghanyutkan segala di sekelilingnya. Maka, jika engkau rasa tidak memahaminya, percaya, engkau antara berjuta yang berkongsi rasa yang sama, termasuk insan yang menukil ini.

Pengertian umum tentang politik adalah mentadbir rakyat. Pengertian sewaktu di bangku sekolah pula, kemahiran berpolitik sering dikaitkan dengan kebolehan untuk memputarbelitkan kata-kata atau menjadi “loyarburuk”.

Begitu jauh kontradiksinya? Mungkin. Adakah terdapat titik pertembungan antara dua fahaman? Mungkin juga. Adakah ini petanda fahaman dan budaya politik kita terpesong? Mungkin anda sendiri ada jawabannya.

Walaubagaimanapun, secara lebih menyeluruh, politik adalah lebih luas daripada dua fahaman kecil itu. Politik adalah suatu proses membuat keputusan yang dilaksanakan oleh seorang individu atau kumpulan, di mana keputusan itu memberi kesan kepada individu-individu yang lain. Jika direnungkan, setiap keputusan, tidak kira betapa kecil, yang kita ambil sebagai individu akan mempengaruhi orang lain.

Malah, keputusan kita itu juga dipengaruhi oleh keputusan yang dibuat oleh individu lain atau keseluruhan masyarakat. Rantaian ini tiada putusnya. Tuntasnya, setiap daripada kita adalah terhubung antara satu sama lain. Rangkaian ini adalah politik, politik adalah kau, aku dan masyarakat. Ia bermula dengan pentadbiran engkau atas dirimu sendiri, maka tadbir dengan ilmu.

Tuntasnya, setiap daripada kita adalah terhubung antara satu sama lain. Rangkaian ini adalah politik, politik adalah kau, aku dan masyarakat.

Kita kembali ke metafora ombak itu, tidak kira apa dan di mana ia membawa engkau, sama ada ke gunung yang tenang atau lorong yang lohong, ia merupakan rantaian reaksi daripada rentetan kata putus yang telah dibuat secara individu dan kolektif masyarakat.

Setiap yang mengabaikan atau membalas isyarat “mari dengar, mari lihat, mari ambil tahu” pasti membawa kesan pada rantaian ini. Bukan berniat dramatik, tetapi ia mempengaruhi hidup dan mati insan-insan lain.

Justeru, ini usulku yang kedua, apabila engkau sudah kumpul keberanian untuk menyahut dengan “aku dengar, aku lihat, aku ambil tahu,” majulah setapak lagi dengan “…aku ambil langkah.” Kalimahmu juga adalah ombak.

Justeru, ini usulku yang kedua, apabila engkau sudah kumpul keberanian untuk menyahut dengan “aku dengar, aku lihat, aku ambil tahu,” majulah setapak lagi dengan “…aku ambil langkah.” Kalimahmu juga adalah ombak.

Foto: AWN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

LANGGANI BULETIN KAMI

IKUTI KAMI

Berita Terkini

Melaka elections – a repetition of the Sabah 2020 elections?

The Melaka State Assembly was dissolved on October 4th,...

Bring Back The “Human” In All Of Us

WE live life doing repetitive tasks, habitual actions and...

Suatu erti merdeka

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Menyahut seruan merdeka kali ini terasa amat...

Pakatan Harapan Harus Mulakan Rundingan Kerusi Untuk PRU15

Beberapa bulan sebelum PRU14, keempat-empat parti dalam gabungan Pakatan...

berita berkaitanuntuk anda
di bawah