Membadai Bayu Suara Kecil

-

Suatu perjuangan itu tidak semestinya berbunyi lantang. Seringkali, ia bermula dengan bisikan suara kecil “aku mahukan perubahan”, yang perlahan-perlahan beransur maju kepada “aku ingin menjadi sebahagian perubahan itu”.

Suara kecil itu kemudian bergema dengan lebih kuat, membentuk idea dan visi yang dikongsi bersama rakan-rakan sehaluan.

Namun, di sini aku ingin khabarkan tentang realiti perjuangan. Ia jarang sekali diiringi pujian, sanjungan ataupun janji untuk kuasa. Tidak mengapa, tidak sesekali ia menjadi tonggak misi.

Menghadapi sendaan dan olokan itu lumrah. Sama juga dengan amukan, konflik, dan rintangan yang boleh membuatkan para pejuang mengah dan letih. Tetapi, mungkin ada baiknya rasa tercungap itu, menjadi tanda bahawa perjuangan itu hidup.

Dalam medan tempur ini, menang dan kalah itu tidak berpaksikan definisi umum dunia. Di sini, kita bina takrif sendiri. Selagi kita berpijak pada bumi yang nyata, setia dengan nilai dan menggagahkan semangat juang kita, selagi kita berpadu dan ikhlas berkhidmat, maka kita adalah juara.

Jalan yang baik itu seringkali tidak mudah, punya pelbagai halangan. Yang pasti, tiada jalan pintas, integriti dan prinsip kekal dipegang utuh.

Dalam medan tempur ini, menang dan kalah itu tidak berpaksikan definisi umum dunia. Di sini, kita bina takrif sendiri. Selagi kita berpijak pada bumi yang nyata, setia dengan nilai dan menggagahkan semangat juang kita, selagi kita berpadu dan ikhlas berkhidmat, maka kita adalah juara.

Biarpun pada pandangan kebanyakan, kita kelihatan tewas kerana berdiri tanpa ‘kuasa’ ataupun ‘harta’. Kita masih menang kerana pada kita, ‘kuasa’ itu terletak pada kekuatan hati untuk memilih kebenaran dan menolak kebatilan, ‘harta’ itu pula terletak pada setiakawan dan kejujuran. Bagi mereka yang mengerti teras ini, mereka akan tahu kita adalah pemenang sebenar.

Kita masih menang kerana pada kita, ‘kuasa’ itu terletak pada kekuatan hati untuk memilih kebenaran dan menolak kebatilan, ‘harta’ itu pula terletak pada setiakawan dan kejujuran. Bagi mereka yang mengerti teras ini, mereka akan tahu kita adalah pemenang sebenar.

Sebuah revolusi itu bermula dengan suara kecil. Maka, ini pesanan aku, setiap suara kecil itu adalah emas. Seruku pada kamu semua, suatu masa nanti bila engkau rasa membara, datang dan terus mara, berjuang bersama.

Segala aspirasi murni kita dukung bersama. Sama ada dalam bentuk bisikan ataupun gema lantang, suarakan deklarasi revolusi itu, “MUDA sudah mula dan aku bersamanya!”

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

LANGGANI BULETIN KAMI

IKUTI KAMI

Berita Terkini

Melaka elections – a repetition of the Sabah 2020 elections?

The Melaka State Assembly was dissolved on October 4th,...

Bring Back The “Human” In All Of Us

WE live life doing repetitive tasks, habitual actions and...

Suatu erti merdeka

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Menyahut seruan merdeka kali ini terasa amat...

Pakatan Harapan Harus Mulakan Rundingan Kerusi Untuk PRU15

Beberapa bulan sebelum PRU14, keempat-empat parti dalam gabungan Pakatan...

berita berkaitanuntuk anda
di bawah