Masalah graduan SPM perlu pemahaman lebih saksama

-

Selepas peperiksaan SPM tamat, bekas pelajar-pelajar Tingkatan Lima mempunyai masa lapang yang lebih berbanding sebelumnya kerana ramai masih belum meneruskan pelajaran mereka. Sebahagian daripada lepasan sekolah akan mencari pekerjaan yang diperlukan dalam tempoh masa ini bukan sahaja untuk mengisi masa lapang tetapi untuk menambah simpanan bagi membiayai yuran pendidikan yang semakin tinggi.

Tetapi ramai graduan sekolah termasuk saya, menghadapi banyak masalah semasa mencari pekerjaan disebabkan beberapa faktor. Kedua-dua masalah ini tidak boleh hanya bergantung kepada kerajaan untuk menyelesaikannya sahaja, malah sektor tertentu dalam masyarakat adalah penggerak utama dalam kedua-dua masalah ini.

Majikan yang tidak bertanggungjawab

Saya pernah memohon satu jawatan kerja Social Media Assistant Manager melalui aplikasi pencarian kerja. Pada masa itu, saya berminat untuk memohon pekerjaan ini kerana saya menganggap ini satu peluang baik untuk saya menambah pengalaman saya dalam pengurusan media sosial.

Majikan tersebut telah meluluskan permohonan saya dan meminta saya bekerja di pejabat beliau untuk satu hari bagi menilai keupayaan saya. Saya tidak menolak permintaan ini kerana lokasi kerja tersebut dekat dengan rumah. Selepas bekerja selama satu hari, majikan tersebut meluluskan saya untuk bekerja di sana dengan gaji RM500 sebulan.

Perkara yang lebih mengejutkan adalah RM500 ini ialah Insentif Pekerja yang berjumlah RM600 sebulan, dan dia akan melaporkan bahawa gaji saya adalah RM1500 sebulan. Selepas mengetahui perkara ini, saya pun menolak pekerjaan ini.

Insiden yang berlaku kepada saya tidak menggambarkan bahawa semua majikan bertindak sebegini tetapi fakta yang tidak boleh dinafikan adalah terdapat majikan yang menyalahgunakan bantuan kerajaan. Selain itu, terdapat juga majikan yang sentiasa cuba mengeksploitasikan pekerja mereka dengan gaji yang tidak berpatutan, masa bekerja yang terlalu panjang ataupun kerja yang tidak berpadanan.

Etika sama pentingnya dengan undang-undang. Hal ini dikatakan demikian kerana walaupun undang-undang yang digubal sempurna sekalipun, individu atau golongan tertentu masih akan mencari kesempatan untuk melakukan kesalahan tanpa dikenakan hukuman. Golongan majikan harus mengetahui bahawa majikan adalah sama tarafnya dengan pekerja, tiada yang lebih berkuasa dan seterusnya mengamalkan nilai yang baik dalam pengurusan syarikat.

Masyarakat yang tidak terbuka minda

Rakan saya pernah memohon kerja secara terbuka di Facebook dengan berkongsikan kiriman yang menyenaraikan syarat pekerjaan, gaji yang dimohon (RM1300) dan tahap pendidikan sendiri (SPM).Tetapi, langkah proaktif mencari pekerjaan ini menimbulkan kemarahan beberapa netizen. Mengikut pandangan mereka, gaji yang dimohon oleh rakan saya adalah terlalu banyak dan pandangan ini disampaikan dengan pemikiran dan bahasa yang agak ganjil.

Ramai masih menganggap bahawa RM1300 adalah gaji yang sangat tinggi (sama seperti zaman mereka) kerana mereka tidak mengambil kira inflasi yang semakin tinggi telah menyebabkan kos sara hidup juga meningkat. Bagaimanakah seseorang boleh menggunakan gaji yang sama untuk membiayai kos yang semakin tinggi?

Terdapat juga golongan yang berfikir bahawa sikap semua belia adalah sama, tidak bersungguh-sungguh semasa bekerja dan tidak mampu menerima kritikan dan tekanan. Golongan ini menganggap pengalaman diri lebih banyak dan dapat melakukan kerja dengan lebih baik, dan mereka tidak mampu menerima cadangan daripada generasi yang lebih muda.

Masyarakat perlu bersikap terbuka semasa berinteraksi dengan orang muda dan juga berfikir dengan lebih menyeluruh dalam sesuatu perkara kerana dunia sentiasa berubah. Zaman ini tidak sama dengan zaman mereka.

Foto: The Sun Daily

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

LANGGANI BULETIN KAMI

IKUTI KAMI

Berita Terkini

Melaka elections – a repetition of the Sabah 2020 elections?

The Melaka State Assembly was dissolved on October 4th,...

Bring Back The “Human” In All Of Us

WE live life doing repetitive tasks, habitual actions and...

Suatu erti merdeka

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Menyahut seruan merdeka kali ini terasa amat...

Pakatan Harapan Harus Mulakan Rundingan Kerusi Untuk PRU15

Beberapa bulan sebelum PRU14, keempat-empat parti dalam gabungan Pakatan...

berita berkaitanuntuk anda
di bawah