Masa Untuk Ubah Negara

-

Keadaan politik negara yang tidak stabil telah memudaratkan negara kita yang sebelumnya sudah pun tenat. Puncanya, lebih 61 tahun silap urus dan penyelewengan oleh kerajaan-kerajaan sebelum ini.

Malah hanya pagi Disember 5hb, kita diberitahu bahawa penilaian lalai hutang negara diturunkan untuk kali keduanya pada tahun ini kepada gred ‘BBB’. Ini akan membuatkan pembayaran balik hutang untuk negara kita lebih mahal daripada sepatutnya. Kita juga diberitahu bahawa penurunan gred penilaian lalai ini adalah disebabkan oleh “keadaan politik negara yang sangat tidak stabil”.

Ini hanya satu contoh daripada beribu-ribu contoh menunjukkan kritikalnya keadaan politik di negara kita. Wajar dan pentingnya kita membawa perubahan politik dan sistem pemerintahan negara secara besar-besaran. Kita sendiri melihat keadaan politik negara sangat tidak kena. Sesiapa yang menyokong Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan sendiri merasa susah untuk memuji dan pertahankan tingkah laku parti sokongan. Walaupun sekalipun penyokong tegar parti-parti tersebut.

Perasaan ‘putus asa’ dan kehilangan keyakinan mendatang kepada rakyat Malaysia terhadap hala tujuan dan kebolehan negara. Rasa ini berkali ganda apabila keadaan Covid-19 yang menimpa seluruh dunia masih lagi isu terpenting dan nampak seperti tiada penghujungnya. Kita tidak lagi yakin dengan langkah kerajaan Perikatan Nasional dan tidak percaya dengan janji-janji Pakatan Harapan. Kata-kata mereka seperti tidak lagi membawa makna. Sebaliknya hanya menjadi susunan huruf. Bunyi yang tidak lagi boleh diterima.

Namun, masih ada api membara di penghujung jalan yang gelap. Pada 17 September 2020, bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq bersama dengan 12 lagi penaja lain telah menghantar permohonan mendaftarkan parti yang dinamakan ‘Malaysian United Democratic Alliance’ atau lebih dikenali sebagai MUDA. 13 penaja dan kebanyakkan ahli parti ini terdiri daripada golongan pemuda Malaysia. Pada masa sama, parti ini terbuka kepada semua peringkat umur tidak kira bangsa dan latar belakang.

Parti ini mahu ‘mengganggu’ arena politik negara kita, dan dalam masa terdekat kita akan lihat mereka berserta GengMuda bertindak menterjemahkan tuntutan mereka. Mereka mahu inovasi dan perubahan lebih baik daripada apa yang ada sekarang. Ia disebutkan ‘disruptive’ atau ‘gangguan’ kerana ia menganggu daripada kebiasaan atau norma yang buruk seperti apa yang kita ada sekarang.

Ramai mengata golongan muda tidak berpengalaman. Dan tidak mungkin boleh berjaya mengambil alih daripada parti-parti orang tua yang sudah lama ditubuhkan. Ini tidak benar. Dalam sejarah, golongan orang muda yang membuat perubahan dan menggoncang dunia.

Ia adalah trend dunia sekarang, lebih-lebih semasa pandemic Covid-19. Golongan muda dapat merasa sendiri semua kekurangan pemimpin-pemimpin tua dan kedegilan mereka untuk tidak mahu berganjak daripada cara lama yang tidak lagi efektif dan berguna. Ini kita lihat di negara-negara jiran seperti Thailand di mana golongan pemuda mereka memberontak terhadap kerajaan, di Filipina gerakan pemuda menentang kepimpinan mereka kerana menekan kebebasan bersuara kelompok muda dan juga di Indonesia yang mana mereka merusuh atas pengendalian ekonomi negara oleh presiden.

Golongan pemuda tidak mampu mendiam diri dan menantikan masa hadapan sementara kita lihat dengan terang pemimpin-pemimpin tua kita merosakkan dan menghancurkan negara. Kalau kita hanya tunggu dan lihat, maka nanti keadaannya akan terlalu gawat dan lambat untuk diselamatkan. Pepatah mengatakan, “kita tidak mewarisi negara daripada ibu bapa kita sebaliknya hanya meminjam negara ini daripada anak-anak kita.” MUDA adalah parti yang mencetuskan aturan baru terhadap situasi politik negara dan secara langsung kepimpinan yang diperlukan untuk memperbaiki negara kita. Saat ini, Parti MUDA adalah parti yang kita semua nantikan.

Foto: scmp.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

LANGGANI BULETIN KAMI

IKUTI KAMI

Berita Terkini

Melaka elections – a repetition of the Sabah 2020 elections?

The Melaka State Assembly was dissolved on October 4th,...

Bring Back The “Human” In All Of Us

WE live life doing repetitive tasks, habitual actions and...

Suatu erti merdeka

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Menyahut seruan merdeka kali ini terasa amat...

Pakatan Harapan Harus Mulakan Rundingan Kerusi Untuk PRU15

Beberapa bulan sebelum PRU14, keempat-empat parti dalam gabungan Pakatan...

berita berkaitanuntuk anda
di bawah