Mana bantuan kepada guru dan pelajar?

-

Syed Saddiq

Mei 20, 2021

 

Sekolah telah ditutup semula.

Saya cuma mahu ingatkan kepada kerajaan bahawa jangan memberi arahan sekolah tutup sahaja tanpa sebarang bantuan dan persediaan kepada guru dan anak pelajar.

Benar, wabak pandemik telah mendesak kita untuk tutup sekolah. Saya pun sokong dengan keputusan untuk menjaga kesihatan guru dan pelajar.

Tetapi ia harus disertakan dengan bantuan dan insentif.

Soalan yang saya (dan rakan pembangkang lain) sudah sering kali tanya, “Mana 150,000 laptop yang dijanjikan kepada para pelajar?”

Ini bukan soalan bermain politik atau soalan perangkap. Memang kerajaan telah janjikan laptop sejak Belanjawan tahun lepas.

Nanti akan keluar semula kisah ibu bapa yang resah anak mereka tidak boleh menyertai sesi kelas dan sekolah secara online kerana hal kemudahan yang tidak lengkap.

Susah? Memang susah.

Rancangan untuk beri laptop bukan hal yang senang. Tetapi kerajaan tidak boleh menganggap wabak pandemik ini baru berlaku minggu lepas. Memang sejak awal tahun lepas lagi dah tular.

Jangan hanya kerana ada sesetengah rakyat yang sudah lupa dengan perbentangan Belanjawan ini, kerajaan ambil sikap acuh tak acuh.

Bantulah pelajar kita. Bantulah guru kita.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

LANGGANI BULETIN KAMI

IKUTI KAMI

Berita Terkini

Melaka elections – a repetition of the Sabah 2020 elections?

The Melaka State Assembly was dissolved on October 4th,...

Bring Back The “Human” In All Of Us

WE live life doing repetitive tasks, habitual actions and...

Suatu erti merdeka

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Menyahut seruan merdeka kali ini terasa amat...

Pakatan Harapan Harus Mulakan Rundingan Kerusi Untuk PRU15

Beberapa bulan sebelum PRU14, keempat-empat parti dalam gabungan Pakatan...

berita berkaitanuntuk anda
di bawah