Krisis Timur Tengah: Kuasa dan Kepentingan Selalu Diutamakan

-

Oleh Firdaus Ahmad

Di jazirah Arab hari ini, ada beberapa negara yang mengiktiraf kedaulatan negara Israel dan menjalankan hubungan diplomatik dengannya:

  1. Mesir
  2. Jordan
  3. UAE
  4. Morocco
  5. Bahrain
  6. Sudan

Mesir contoh klasik sebab ia tandatangani Perjanjian Damai dengan Israel lama dulu pada tahun 1979.

Sama juga dengan Jordan, yang membuat Perjanjian Damai dengan Israel pada tahun 1994.

Mesir dan Jordan ini macam yang kita tahu, negara sempadan Palestine. Mereka selalu terlibat dengan perang menentang Israel dari dulu lagi. Penat banyak kali berperang, kemudiannya ambil jalan berdamai.

Tahun 2020 memperlihatkan 4 lagi negara Islam ikut jejak iktiraf negara Israel, iaitu UAE, Bahrain, Sudan dan Morroco.

Ada beberapa sebab kenapa negara negara Islam saudara mara kita ini menyokong negara Israel.

Aku cuba ringkaskan satu persatu.

1) Bahrain

Bahrain merupakan negara yang takutkan ancaman Iran. Di Bahrain, terdapat gerakan yang memperjuangkan hak-hak demokratik mereka dan kumpulan ini mendapat restu Iran.

Disebabkan Bahrain tidak segagah Iran, jadi negara ini perlukan perlindungan insurans daripada kuasa besar Amerika. Macam mana hendak dapat perlindungan daripada Amerika?

Mudah. Iktiraf Israel.

Tapi kenapa iktiraf Israel sedangkan yang perlu diminta tolong Amerika?

Ini ada kaitan geopolitik. Amerika sudah kurangkan keupayaan ketenteraan mereka di Timur Tengah. Jadi Bahrain perlukan perlindungan keselamatan yang (double protection) dan kuasa ketenteraan yang dilihat boleh membantu mereka tidak lain adalah Israel.

Faktor kedua, Bahrain terhutang budi dengan Arab Saudi kerana semasa Arab Spring 2011 dulu Bahrain terselamat dengan bantuan Saudi. Bahrain tahu yang Saudi ada hasrat untuk bina hubungan dengan Israel, jadi Bahrain jadi shadow nation dulu tengok bagaimana perkembangan sebelum Saudi pula mulakan langkah.

2) Morroco/Maghribi

Morroco ini ada pertikaian satu kawasan di Sahara Barat. United Nations tidak mahu luluskan kedaulatan Morocco ke atas kawasan Sahara Barat seperti yang dituntut oleh kerajaan Morocco.

Jadi Morocco ambil jalan pintas, iktiraf Israel dan sebagai timbal balik, mereka minta Amerika untuk lobi tuntutan ke atas kawasan yang dituntut. Apa Amerika buat? Amerika ketuai rundingan dengan United Nations untuk Morroco dapatkan beberapa habuan territory sepanjang Sahara.

3) Sudan

Sudan ni pula dilihat sebagai rakan baik Iran. Kenapa rakan baik?

Sebabnya Khortum tidak mahu sertai angkatan Saudi-Emirates masa pembantaian Houthi di Yaman. Bila Sudan tidak mahu sertai pertahankan status quo Yaman daripada diserang angkatan Houthi maka geng Arab melihat Sudan sudah jadi geng Iran.

Rakan baik Iran tapi kenapa dia iktiraf Israel pula, pelik ye tidak?

Tapi sudah biasa, manusia ini hatinya sentiasa berubah. Macam itu juga Sudan.

Ia buat side step apabila Amerika tawarkan benda yang susah hendak ditolak.

Apa Amerika tawarkan?

  1. Amerika akan keluarkan Sudan daripada senarai negara yang menyokong keganasan.
  2. Sudan kena buat kerja mudah, iktiraf kedaulatan Israel.
  3. Amerika akan mudahkan urusan global trade untuk Sudan sebagai medium untuk naikkan ekonomi dan kukuhkan perdagangan antarabangsa.

Persetujuan Sudan ini juga menyelamatkan reputasi mereka daripada kritikan Barat yang selama ini kecam Sudan kerana melemahkan demokrasi dalam sistem pemerintahan mereka.

4) UAE

Sebut Dubai dan Abu Dhabi, semua tahu ini tempat paling best di Timur Tengah. Kedua-dua bandar hebat ini berada bawah negara UAE, sebuah lagi kuasa Islam yang mengiktitaf kedaulatan negara Israel. Ketenteraan UAE ini tidak hebatseperti kereta kereta mewah yang rakyat mereka miliki (selalu tengok Supercar Blondie) atau segagah menara Burj Khalifah.

UAE perlukan kekuatan teknologi dan ketenteraan. Macam mana untuk dapat?

Senang. Ikut sahaja cakap Amerika, iktiraf Israel.

Amerika akan manfaatkan sokongan kekuatan tentera dan segala jet pejuang yang UAE perlukan macam F35 Stealth Fighter dan EA – 18G Growler Warcraft pun Amerika hidangkan untuk mereka.

Bukan setakat itu, UAE dapat banyak peluang kolaborasi dengan Israel terutamanya dalam timbal balik perdagangan dan projek-projek mega yang jumlahnya ratusan billion dollar.

Macam itu serba sedikit yang boleh kita faham kenapa negara-negara Islam yang lebih dekat dengan Palestin tapi tidak buat apa-apa bila dibantai dengan Zionist.

Bukan sekadar idak buat apa-apa, siap mereka khianat pergi iktiraf kedaulatan negara Israel lagi.

Nampak tidak betapa geopolitik, kepentingan ekonomi, keutamaan ketenteraan, kepentingan kuasa, reputasi, kekayaan, keselamatan dan pengiktirafan kuasa besar;

SENTIASA DAN SELAMANYA akan melebihi kepentingan nyawa apatah lagi kesyumulan sebuah agama. Tidak payah kita hendak jerit Jihad ke telinga mereka, sebab itu bukan suatu hal yang dipedulikan.

Perang Zionist vs Palestinians?

Pada mereka di situlah terletaknya 1001 peluang untuk menambah kuasa dan kekayaan.

Now you know why.

 

Sumber: FB Fdaus Ahmad

Foto: Aljazeera

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

LANGGANI BULETIN KAMI

IKUTI KAMI

Berita Terkini

Education as chicken wings and sardines: Only in Malaysia

Recently, the Perak state government distributed 20,000 Yes Altitude...

‘Buff’ The Rakyat, ‘Nerf’ The Kerajaan

Negara kita berada dalam keadaan yang tidak menentu. Walaupun...

Saman dan denda berkadar lebih adil

Oleh Hilmi Saifullah Di Malaysia, sistem denda dikenakan tanpa mengira...

Susah dan miskin, tidak kenal rupa dan warna

Syed Saddiq Jun 13, 2021 Dasar saya di Parlimen Muar adalah...

berita berkaitanuntuk anda
di bawah