Kerajaan takut Tik Tok?

-

KUALA LUMPUR, 22 Mei: Ahli Parlimen Muar dan Presiden Parti MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hadir ke Balai Polis Dang Wangi pada pagi hari ini susulan dipanggil untuk siasatan polis berkenaan video yang dikongsikan di media sosialnya.

Dalam video yang dimuatnaikkan dalam akaun Instagram dan Twitternya menggunakkan Tik Tok pada bulan lepas, Syed Saddiq membangkitkan kes keadaan mendiang A. Ganapathy yang mati dalam tahanan polis. Saddiq menuntut supaya perlu ada ketelusan dan keadilan untuk kes ini dan mereka yang mati dalam tahanan.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap MP Muar itu mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan Seksyen 505 (5) Kanun Keseksaan.

Pihak polis juga merampas telefon bimbit milik Syed Saddiq, yang dipercayai arahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Presiden Parti MUDA tersebut menyoal motif jahat pihak kerajaan berbuat demikian dan menegaskan bahawa dia bertanggungjawab sebagai wakil rakyat untuk mengangkat isu-isu rakyat Malaysia.

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

LANGGANI BULETIN KAMI

IKUTI KAMI

Berita Terkini

Education as chicken wings and sardines: Only in Malaysia

Recently, the Perak state government distributed 20,000 Yes Altitude...

‘Buff’ The Rakyat, ‘Nerf’ The Kerajaan

Negara kita berada dalam keadaan yang tidak menentu. Walaupun...

Saman dan denda berkadar lebih adil

Oleh Hilmi Saifullah Di Malaysia, sistem denda dikenakan tanpa mengira...

Susah dan miskin, tidak kenal rupa dan warna

Syed Saddiq Jun 13, 2021 Dasar saya di Parlimen Muar adalah...

berita berkaitanuntuk anda
di bawah