Kenapa merendahkan atlet negara?

-

KUALA LUMPUR

Syed Saddiq, Mei 7, 2021

 

Saya memang tidak boleh bersetuju dengan kenyataan daripada Menteri Sarawak ini.

Kalau mahu saya kongsi sedikit pengalaman, dulu apabila saya menjawat jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan, semua Menteri ditawarkan dengan pangkat Datuk/Dato’ dan ada yang terus ditawarkan dengan anugerah Datuk Seri.

Padahal belum sampai setahun berkhidmat di dalam Kabinet.

Saya memang tolak kerana saya percaya bahawa banyak lagi kerja dan tanggungjawab yang harus saya lakukan terlebih dahulu. Saya juga percaya pemberian anugerah Datuk/Dato’ ini akan mengalihkan fokus saya daripada kerja sebenar.

Saya juga ada ruang untuk mencadangkan nama penerima darjah kebesaran. Tidak ada seorang pun nama daripada orang politik yang saya cadangkan.

Siapa yang saya cadangkan? Hanya kumpulan penjawat awam dan tokoh sukan. Mereka lebih layak untuk dapat anugerah Datuk/Dato’. Mereka lebih banyak berkhidmat dan menabur bakti untuk negara.

Ada juga seorang Presiden badan sukan antarabangsa yang saya cadangkan. Walaupun ada yang beritahu bahawa beliau adalah daripada pimpinan UMNO, saya cadangkan juga kerana jasa dan bakti beliau dalam dunia sukan memang melayakkan beliau untuk menerima anugerah darjah kebesaran.

Saya juga dikritik oleh ahli parti sendiri kerana berbuat begini. Iya, ini peluang untuk naikkan rakan-rakan politik tetapi saya tolak cara begini.

Kalau sudah berbakti, layaklah. Kalau hanya tumpang nama politik, saya rasa tidak sesuai begitu.

Sebab itu saya rasa hairan dengan Menteri Sarawak yang rasa atlet yang banyak mengharumkan nama negara ini tidak layak menerima darjah kebesaran.

Kalau sudah berbakti dan mengharumkan nama negara pun tidak layak terima darjah kebsaran, adakah ramai orang politik yang tergopoh-gopoh terima anugerah ini layak?

Saya memang naik hairan dengan pandangan Menteri Sarawak ini. Kumpulan sama yang cepat terima Pangkat “Datuk” kini menidakkan hak mereka yang layak.

Kalau mahu negara berubah, ubah dahulu pandangan yang merendah-rendahkan atlet negara begini.

Sumber: FB Syed Saddiq

Foto: SAYS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

LANGGANI BULETIN KAMI

IKUTI KAMI

Berita Terkini

Education as chicken wings and sardines: Only in Malaysia

Recently, the Perak state government distributed 20,000 Yes Altitude...

‘Buff’ The Rakyat, ‘Nerf’ The Kerajaan

Negara kita berada dalam keadaan yang tidak menentu. Walaupun...

Saman dan denda berkadar lebih adil

Oleh Hilmi Saifullah Di Malaysia, sistem denda dikenakan tanpa mengira...

Susah dan miskin, tidak kenal rupa dan warna

Syed Saddiq Jun 13, 2021 Dasar saya di Parlimen Muar adalah...

berita berkaitanuntuk anda
di bawah