Kelestarian Alam dan Pembangunan Demi Masa Depan Malaysia

-

SEMENJAK akhir tahun 2019, kita telah menyaksikan kesan global pandemik Covid-19 terhadap kehidupan kita. Cara hidup dalam keadaan ‘disrupsi’ kini berlangsung mengikut terma ‘norma baharu’.

Namun, ni menimbulkan beberapa persoalan:

  • “Apakah ‘norma baharu’ ini terhad hanya kepada menjaga penjarakkan sosial, memakai pelitup muka dan menjalankan langkah-langkah pencegahan yang lain di samping menunggu vaksin untuk menyelamatkan keadaan?
  • Ataupun ini merupakan ruang untuk kita menyedari kelemahan dalam sistem kita dalam menghadapi cabaran global? Serta peluang untuk menormalisasikan sistem yang lebih inklusif dan mempunyai daya tahan ataupun resilience yang tinggi?”

Semestinya sistem politik, ekonomi dan sosial perlu bergerak secara bersepadu dan berseiringan untuk mencapai sistem ideal ‘norma baharu’ itu. Lebih khusus lagi cabang dalam sistem berkenaan seperti perancangan bandar dan luar bandar kita juga mustahak. Ia merupakan kawasan kediaman, ruang aktiviti harian dan membekalkan sumber-sumber untuk kelangsungan kehidupan manusia yang turut membawa kesan pada keseluruhan ekosistem.

Pemberdayaan cabang sistem ini adalah pemberdayaan sistem negara kita secara keseluruhannya. Krisis ini adalah peluang untuk menyingkap kelemahan-kelemahan yang ada dan melaksanakan penambahbaikan.

Pada Oktober 2020, Malaysia menghadapi gelombang ketiga Covid-19. Kes naik mendadak terutamanya di negeri Sabah. Pihak kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri Sabah dan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Semasa Sabah mengalami situasi kritikal ini, bantuan kesihatan, makanan dan keperluan-keperluan lain telah diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Walaubagaimanapun, keadaan infrastruktur yang daif terutamanya di kawasan luar bandar telah menyukarkan proses pemberian bantuan ini. Banyak jalan raya yang berlumpur, licin, sempit dan curam, manakala jambatan pula rapuh dan berlubang.

Selain itu, data tentang penempatan di kawasan pedalaman, seperti orang asli, juga tidak lengkap.

Pandemik ini juga menyedarkan kita tentang jurang digital yang amat besar antara kawasan bandar dan desa, ia merumitkan penyebaran maklumat dan yang paling ketara adalah kesulitan para pelajar untuk menjalani e-pembelajaran kerana capaian internet yang lemah.

Infrastrukur yang selamat dan inklusif untuk semua, tanpa mengira status sesebuah komuniti itu, adalah penting untuk kebaikan bersama semua pihak.

Menempuhi gelombang ketiga pandemik ini menjadi lebih mencabar apabila banjir melanda beberapa negeri pada Januari 2021. Di beberapa kawasan, air meningkat hingga ke bumbung rumah. Di samping mengalami kehilangan tempat berlindung dan kerosakan harta benda, paling menyedihkan ada yang kehilangan ahli keluarga dan rakan dalam bencana itu. Banjir telah berlaku berulang kali di beberapa kawasan ini sejak beberapa tahun lepas lagi.

PERSOALANNYA, mengapa strategi adaptasi dan mitigasi yang komprehensif tidak dilaksanakan dalam membendung peristiwa ini?

Apakah hutan kita yang menjadi kawasan tadahan air hujan sudah gagal berfungsi ataupun sudah tidak dapat berfungsi kerana ditebang?

Atau sistem saliran kita yang perlukan penambahbaikan seiring dengan pembangunan kita yang seharusnya lebih terkawal?

Ketika tenaga kita perlu fokus kepada memerangi pandemik, tenaga kita menjadi terbelah bahagi untuk menangani satu tragedi yang dapat dihalang. Kita mesti memperutuhkan daya tahan sistem kembali dengan menjalankan perancangan dan pembangunan dengan meletakkan tumpuan alam dan keselamatan sebagai keutamaan.

Dalam merancang bandar dan luar bandar, pengurusan dan pemeliharaan sumber seperti air, tanah, tenaga, makanan dan buangan adalah utama. Di bandar, tanah adalah sumber yang berharga dan terhad. Oleh itu, ia mesti dimanfaatkan dengan memastikan zon-zon gunatanah yang pelbagai agar akses kepada kemudahan asas tercapai.

Kita juga harus mengambil peluang ini untuk membuat renungan berkait sistem pengangkutan awam kita. Data pada suku tahun pertama 2020 menunjukkan bahawa penjualan kereta domestik meningkat sebanyak 20%. Salah satu kemungkinan penyumbang pada kenaikan ini adalah pandemik. Ramai lebih selesa menggunakan kenderaan peribadi seperti kereta, berbanding pengangkutan awam yang perlu dikongsi bersama.

Perkara ini akan semakin menormalisasikan budaya penggunaan kereta dan memperlahankan inisiatif budaya hidup lestari. Penyelesaian utama kepada perkara ini adalah dengan menambahbaikkan sistem pengangkutan awam agar lebih cekap dan kerap. Dengan ini, penjarakkan sosial masih boleh dilakukan kerana para pengguna boleh terpencar kepada jadual masa berbeza yang jurang tempoh waktunya kecil.

Selain itu, budaya berbasikal sebaiknya digalakkan. Penggunaan basikal ada persamaannya dengan kereta peribadi di mana ia membolehkan penggunaan persendiriaan, tetapi lebih lestari dalam jangka masa panjang. Kemudahan berbasikal dan pengangkutan awam, jika dilaksanakan dengan baik dan dinormalisasikan, juga dapat menggalakkan masyarakat berjalan kaki. Ini membolehkan pergerakan antara tempat lebih mudah untuk semua peringkat pendapatan.

Dalam merancang bandar dan luar bandar, pengurusan dan pemeliharaan sumber seperti air, tanah, tenaga, makanan dan buangan adalah utama. Di bandar, tanah adalah sumber yang berharga dan terhad. Oleh itu, ia mesti dimanfaatkan dengan memastikan zon-zon gunatanah yang pelbagai agar akses kepada kemudahan asas tercapai.

Kepentingannya terbukti ketika PKPB atau PKP di mana pergerakan penduduk adalah terhad kepada suatu radius sahaja. Maka pentingnya untuk semua kemudahan asas (seperti pasaraya, perkhidmatan kesihatan, kawasan rekreasi, dan sebagainya) ada dalam sesuatu radius itu. Sekiranya kawasan itu ramai penduduk, maka kemudahan asasnya juga harus berganda supaya penduduk terbahagi ke tempat-tempat yang berbeza untuk mengelakkan kesesakan.

Di samping itu, kemudahan ini digalakkan bersifat membumi dan setempat bagi memberi sokongan kepada peniagaan tempatan dalam keadaan mencabar ini. Contoh yang baik adalah inisiatif “Penjiranan 20-minit” Melbourne di mana semua kemudahan penting ada dalam lingkungan 20 minit berjalan kaki. Zon gunatanah beri kesan besar kepada komuniti dan tidak harus diubah dengan mudah bagi kepentingan sesetengah pihak.

Pengurusan dan pemeliharaan sumber juga perlu mengambil kira peningkatan populasi negara. Fokus pertama untuk isu ini adalah berkaitan dengan perumahan di bandar dan kepadatannya. Sesetengah keluarga, terutamanya ‘bottom 40’ (B40) mendiami perumahan yang berkepadatan tinggi ataupun kawasan setinggan. Terdapat keluarga besar sehingga seramai 12 orang ahli keluarga yang tinggal dalam satu unit rumah yang kecil.

Penyertaan masyarakat sendiri juga perlu dititikberatkan. Bukan sahaja alam bina dan sumber-sumber kita yang perlu mempunyai daya tahan yang tinggi, tetapi juga komuniti kita. Budaya inklusif harus digalakkan melalui penyertaan khalayak awam daripada pelbagai latar belakang untuk menyertai proses perancangan bandar dan wilayah.

Ketika PKP/PKPB, keadaan ini buruk dan menjejaskan kesihatan fizikal dan mental mereka. Menjelang 2050, dianggarkan 70% daripada populasi dunia akan tinggal di bandar, maka penting untuk dasar dan pelan strategi dibentuk bagi menangani perkara ini. Akar pokok isu ini hanya mampu dikenalpasti jika kita menjalankan penyelidikan dengan lebih mendalam. Tidak sahaja ke atas dasar dan rekaan perumahan, tetapi juga keadaan sosio-ekonomi yang khusus kepada sesuatu konteks.

Pertumbuhan jumlah penduduk juga menimbulkan kekhuatiran tentang sekuriti makanan negara. Apabila pandemik memberi kesan kepada kelangsungan logistik dan perdagangan, sesebuah negara atau lokaliti perlu mencari cara untuk lebih berdikari tanpa dokongan luar. Kebanyakan bandar-bandar besar bergantung kepada kawasan luar bandar untuk produk pertanian, contohnya Kota Kinabalu mendapat bekalan dari Ranau. Ia menjadi isu apabila akses kepada bekalan ini terhad disebabkan kawalan pergerakan.

Oleh itu, bandaraya perlu lebih bersedia menghadapi cabaran seperti ini dengan mewujudkan bekalan makanan yang lebih bersifat tempatan, seperti pertanian bandar atau urban farming, atau kebun komuniti. Perbincangan tentang hal ini perlu sentiasa berpaksi kepada cara kita memanfaatkan sumber-sumber (seperti tanah, air, tenaga) kita bagi agrikultur dan industri pemakanan.

Penyertaan masyarakat sendiri juga perlu dititikberatkan. Bukan sahaja alam bina dan sumber-sumber kita yang perlu mempunyai daya tahan yang tinggi, tetapi juga komuniti kita. Budaya inklusif harus digalakkan melalui penyertaan khalayak awam daripada pelbagai latar belakang untuk menyertai proses perancangan bandar dan wilayah.

Sebuah medium untuk pihak berkuasa, pakar dan komuniti untuk berbincang harus diadakan secara konsisten. Proses ini mesti memberi ruang untuk naratif serta perspektif yang berbeza-beza diutarakan dan didengar, sambil memastikan ia tidak disalahgunapakai untuk kepentingan pihak yang ingin hanya ingin mengaut keuntungan sendiri.

Ini akan meningkatkan ketelusan dan sifat bertanggungjawab, serta memudahkan aliran maklumat antara semua pihak. Dalam keadaan pandemik yang mencabar, komuniti yang mempunyai perhubungan dan sistem yang baik akan lebih berkebolehan untuk menangani situasi itu. Ramai dalam masyarakat kita yang serba boleh dan jika peluang diberikan kepada mereka untuk menyertai proses seperti ini negara kita dapat bergerak dengan lebih maju.

Terdapat dua visi yang telah diutarakan di sini, iaitu: daya tahan atau resilience dan inklusif. Daya tahan adalah kebolehan sesuatu sistem itu untuk melentur kembali selepas sesuatu cabaran atau ‘disruption’, manakala inklusif adalah menyediakan akses dan sumber yang saksama untuk semua pihak.

Kedua-duanya saling bergantung antara satu sama lain. Sejarah telah mengajar kita bahawa cabaran baru akan sentiasa mendatang, maka kedua-dua elemen itu mustahak.

Negara ini kaya dengan sumber, budaya dan daya cipta. Sudah pastinya mampu menangani sebarang cabaran sekiranya kita berani untuk mempersoalkan ‘cara lama’, untuk belajar daripada kekurangan serta berusaha dengan semangat dan integriti.

Gunakan krisis ini sebagai dorongan untuk menormalisasi nilai-nilai ini.

Foto: Astro AWANI; Twitter azizuljoe_

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

LANGGANI BULETIN KAMI

IKUTI KAMI

Berita Terkini

Melaka elections – a repetition of the Sabah 2020 elections?

The Melaka State Assembly was dissolved on October 4th,...

Bring Back The “Human” In All Of Us

WE live life doing repetitive tasks, habitual actions and...

Suatu erti merdeka

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Menyahut seruan merdeka kali ini terasa amat...

Pakatan Harapan Harus Mulakan Rundingan Kerusi Untuk PRU15

Beberapa bulan sebelum PRU14, keempat-empat parti dalam gabungan Pakatan...

berita berkaitanuntuk anda
di bawah