Jangan biar kita yang disusahkan

-

Kebelakangan ini aku tengok kepimpinan PH hanya fokus isu pengundian 18 tahun. Pelbagai demo dan perbincangan berlangsung. Ya, Undi 18 ini penting tapi aku lihat rakyat kebanyakan tidak ambil kisah. Apa yang benar-benar membebankan mereka kini adalah himpitan ekonomi. Aku tertanya-tanya ada atau tidak di kalangan pemimpin PH yang peka akan hal ekonomi ini. Tidak mungkinlah tiada langsung risikan tentang isu-isu rakyat di bawah kala ini.

Dalam seminggu ini, aku merasai apa masalah yang dihadapi rakyat. Bertanya aku pada seorang rakan adakah dia berniaga semasa Ramadan tahun ini. Dia menjawab bahawa sekarang ini orang meniaga lagi ramai daripada yang membeli.

Mengikut kata dia, yang buka khemah di tepi jalan pun berlambak dan itu petanda ekonomi kita bermasalah. Mereka yang meniaga di kedai dan Param (Pasar Ramadan) tidak tahu apa nasib mereka. Yang membuka tapak niaga di tepi jalan, di depan kedai dan di rumah lebih ramai.

Fenomena ini tidak baik untuk negara kita. Seolah sudah menjadi seperti di Indonesia pada suatu ketika dahulu apabila ekonomi meleset. Keadaan sebegini membawa kesusahan kepada pemilik kedai dan penyewa tapak dan premis. Tetapi kita memahami, perkara ini berlaku kerana desakan ekonomi.

Melihat pada harga barang hari ini, membuatkan aku sedar, bagaimana keadaan sebenarnya lebih memuaskan pada zaman PH. Memang PH tidak pandai membazirkan dana awam seperti Muhyiddin dan Najib. Tetapi harga barang terkawal. Duit dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk nilai. Zaman PH, harga daging ayam di waktu Hari Raya terkawal. Ketika itu, harga telur naik 3 sen sahaja, riuh sekampung memberi kecaman.

Zaman PN, belum lagi Hari Raya dan baru masuk puasa, ramai yang sudah mengeluh harga ayam, ikan, daging, minyak masak dan barangan dapur naik mendadak. Minyak masak naik lebih 70% daripada RM16 kepada RM28, tetapi orang kita santai sahaja.

Menteri KPDNKK pula sah tengah tidur nyenyak dalam pejabat seperti Timbalan Menteri tidur dalam majlis konvokesyen.

Rakan aku itu mengeluh lagi, mereka hendak berniaga hari-hari perlu beli plastik untuk bungkusan makanan. Waktu ketika ada bazar, lagi banyak pemintaan untuk plastik. Dia berkata, dalam tempoh 2 bulan sahaja harga plastik bungkusan makanan meningkat sehingga 3 kali, atau lebih 40%. Cuba bayangkan juga, kos plastik untuk bungkus nasi, kuih, murtabak sudah naik, tetapi tidak ada pemimpin PH yang bersuara.

Mungkin ini sebabnya Menteri Alam Sekitar import sampah bersih dari Amerika. Boleh jadi untuk kitar balik membuat plastik bungkusan.

Zaman PN, harga barang naik, tapi ada juga yang turun. Nak tahu apa? Pendapatan rakyat.

Geger satu negara, siswazah dan graduan kini menerima gaji yang rendah. Ini memang betul. Pergi sama ada ke pasaraya, pekerja di sana, atau di kedai makanan segera terdiri daripada lepasan universiti, ada pemegang Master. Gaji diterima dalam lingkungan RM1200-1500. Ini yang di bandar. Sewa bilik sahaja, hampir RM250-300. Apa yang tinggal? Lebih malang lagi adalah ramai yang tidak dibayar gaji atas alasan masalah kewangan yang dihadapi syarikat dek kerna pandemik ini.

Semalam aku jumpa seorang pekerja di tempat makanan segera yang baru dipindahkan cawangan. Dia mengeluh. Sekarang gaji dipotong dan OT tiada. Hidup semakin terhimpit. Zaman PH, Tun Mahathir kata rakyat perlu ikat perut. Tak ada dipotongnya pun gaji. Bukan hilang pendapatan. Dia suruh berjimat tapi riuh satu negara macam gaji sudah dipotong.

Tetapi sekarang, kerja pun hilang.

Bayangkan dalam tempoh 3 hari sahaja, aku jumpa pelbagai orang yang ada bermacam masalah. Ya, mungkin sekarang ramai yang masih belum terasa. Boleh jadi yang pengeluaran I-Lestari tamat bulan ini. Ada mungkin juga berbaki 3-4 bulan kesan pengeluaran I-Sinar. Jadi tunggu sahaja saat-saat hari mereka mengenangkan baki simpanan hari tua mereka.

Agaknya dengan pengeluaran KWSP I-Sinar lebih RM100 billion yang mereka berbelanja duit sendiri ini, adakah akan selesai masalah ekonomi? Adakah sudah tambah peluang pekerjaan? Itu sebab aku kata cara penyelesaian ekonomi ini salah.

Yang selesa kini, cuma penanam sawit sebab harga komoditi ini sekarang tengah tinggi. Penganalisis meramalkan harga komoditi ini akan turun balik awal 2022. Jadi bagi memastikan undi luar bandar kekal pada PN, PRU15 mesti dilakukan sebelum 2022.

Tengok sahaja kadar inflasi, data pelaburan dan data pengangguran, sah lah ekonomi kita semakin teruk. Tapi itulah, aku lihat orang tetap tidak kisah semua itu. Marah mereka hanya di media sosial.

Soal demokrasi berparlimen dan Undi18, Kerajaan PN tahu, orang Melayu tidak kisah sangat. Tutuplah parlimen setahun lamanya sekalipun, yang penting BPN terus berjalan. Kalau dibuat PRU sekalipun belum tentu orang Melayu akan mengundi.

Sebab itu PN tidak takut. Sebab ramai bukan Melayu yang mendaftar undi, bukan orang Melayu. Janji dapat BSH, BPN RM500, cukup buat makan setahun.

Bangkit dan teruslah marah wahai kawan-kawanku. Bawa kemarahan kalian di FB, di Twitter, di IG, bawa kemarahan #KerajaanGagal #TamatDarurat dan #PNipu ini, hingga PRU15 nanti.

Humban kesemua politikus haprak yang menyusahkan hidup kita kini ke loji tahi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

LANGGANI BULETIN KAMI

IKUTI KAMI

Berita Terkini

Melaka elections – a repetition of the Sabah 2020 elections?

The Melaka State Assembly was dissolved on October 4th,...

Bring Back The “Human” In All Of Us

WE live life doing repetitive tasks, habitual actions and...

Suatu erti merdeka

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Menyahut seruan merdeka kali ini terasa amat...

Pakatan Harapan Harus Mulakan Rundingan Kerusi Untuk PRU15

Beberapa bulan sebelum PRU14, keempat-empat parti dalam gabungan Pakatan...

berita berkaitanuntuk anda
di bawah