Jaga Rakyat, Bukan Jual Aset Negara – Syed Saddiq

-

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Ahli Parlimen Muar dan Presiden Parti MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mempersoalkan tindakan kerajaan Perikatan Nasional yang cuba untuk menjual Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.

Menurutnya, kerajaan tidak boleh terlalu mudah menjual aset ini kerana ia adalah dimiliki oleh rakyat melalui pegangan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

“Penswastaan tidak salah. Yang salah ialah apabila ia dilakukan tanpa mengikut prosedur yang betul,” kata Syed Saddiq dalam video tik tok yang dibuatnya semalam yang kini sudah pun banyak dikongsi di semua platform sosial media termasuk juga WhatsApp.

Syed Saddiq juga membangkitkan kesan penjualan ini terhadap syarikat penerbangan Malaysia yang lain. Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) akan menghadapi kerugian sebanyak RM11.9 billion manakala Malaysian Airlines akan mengalami kerugian sebanyak RM1 billion setahun.

Dalam ‘post’ Twitter Syed Saddiq yang lebih awal, 4 buah gambar telah disertakan menunjukkan surat bantahan berkenaan penjualan LTSAAS dan rayuan agar penjualan ini dihentikan yang di tulis oleh Dato’ Mohd Shukrie Mohd Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif MAHB dan Izham Ismail Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG).

Isu pendanaan politik yang juga dibangkit oleh Syed Saddiq minggu lepas timbul semula. Ini seperti yang dikatakan menerusi videonya yang mana sampai bila nak tunduk kepada wang pemodal-pemodal besar?

Berikutan penentangan orang ramai terhadap langkah ini, kerajaan dan pihak terlibat lain dijangkakan akan memberi respon selanjutnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

LANGGANI BULETIN KAMI

IKUTI KAMI

Berita Terkini

Bring Back The “Human” In All Of Us

WE live life doing repetitive tasks, habitual actions and...

Suatu erti merdeka

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Menyahut seruan merdeka kali ini terasa amat...

Pakatan Harapan Harus Mulakan Rundingan Kerusi Untuk PRU15

Beberapa bulan sebelum PRU14, keempat-empat parti dalam gabungan Pakatan...

Tumbangnya Pemerintah Zalim Di Tangan Rakyat: I. Nicolae Ceausescu Diktator Romania

Nicolae Ceaușescu bersama dengan isterinya Elena memerintah Romania sepanjang...

berita berkaitanuntuk anda
di bawah