I-Sinar, Satu Penyelesaian?

-

Ribuan rakyat Malaysia sudah mula beratur sejak awal pagi Selasa di cawangan pejabat ‘KWSP’ terdekat untuk membuat permohonan ‘i-Sinar’ yang dimulakan pada hari sama. Setakat ini masih sukar lagi untuk memastikan dengan tepat berapa ramai yang membuat permohonan ini kerana, pada masa ini ditulis, masih ada 1 hari lagi sebelum ia ditutup dan rakyat juga boleh membuat permohonan i-Sinar ‘online’. Namun menurut apa yang dilihat dalam 2 hari selepas ia bermula, bilangannya adalah sangat ramai.

Bergantung kepada kelulusan permohonan, ahli KWSP boleh menggeluarkan duit KWSP yang berada di dalam ‘akaun 1’. Jumlah yang boleh dikeluarkan adalah berbeza. Mereka yang mempunyai baki akaun kurang dari RM100,000 boleh menggeluarkan sehingga RM10,000, manakala yang mempunyai baki akaun lebih daripada RM100,000 sehingga RM60,000. Kriteria lain juga boleh dilihat di muka ‘FAQ’ i-Sinar untuk memastikan permohonan berjalan dengan lancar.

Ini merupakan antara inisiatif kerajaan Perikatan Nasional berhadapan dengan isu kehilangan pekerjaan yang membawa kepada kehilangan pendapatan yang dihadapi oleh ramai rakyat Malaysia. Menurut laman rasmi KWSP, “i-Sinar merupakan kemudahan untuk ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis Covid-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.” Inisiatif ini walaupun diperlukan, tetapi ia tidak menyelesaikan semua masalah.

I-Sinar Tidak Menyeluruh

Setakat Disember 2019, terdapat hanya 14.59 juta ahli KWSP dan antara bilangan tersebut hanya 7.63 juta ahli yang aktif. Ini bermaksud hanya 23.3% daripada seluruh rakyat Malaysia yang tidak mempunyai apa-apa halangan untuk mendapat faedah daripada inisiatif ini. Manakala lagi 21.3% harus tunggu untuk melihat jikalau permohonan mereka diterima dan baki 55.4% rakyat Malaysia bukanlah ahli KWSP maka tidak terlibat dalam inisiatif ini. Namun kita harus ambil kira 24% daripada baki yang bukan ahli KWSP adalah golongan kanak-kanak.

Inisiatif ini juga dihadkan oleh baki akaun KWSP ahli. Kebanyakkan ahli hanya boleh mengeluarkan paling banyak RM10,000 walaupun sebenarnya masih ramai dikalangan mereka ini mempunyai baki kurang daripada jumlah ini. Jikalau wabak Covid-19 masih lagi menular melebih 6 bulan dari sekarang yang berkemungkinan akan berlaku, wang dikeluarkan oleh mereka berkemungkinan tinggi akan kehabisan, maka 6 bulan dari sekarang kita akan menghadapi masalah pendapatan yang sama sebelum permulaan inisiatif ini bermula.

Masalah ini hanya boleh diselesaikan dengan mengeluarkan inisiatif lanjutan yang direka khas untuk menangani kadar pengangguran dan pengecilan industri. Perbincangan tentang perkara ini memerlukan rencananya tersendiri, tetapi asasnya ialah kita perlu menetapkan dasar fiskal dan perbelanjaan kerajaan yang sesuai untuk meningkatkan ekonomi lalu membuka peluang pekerjaan yang memberi pendapatan bulanan yang stabil.

I-Sinar membawa masalah baru

Tujuan utama KWSP ditubuhkan pada tahun 50an ialah sebagai dana pencen pekerja Malaysia. Pertubuhan ini bertanggungjawab mengumpulkan wang simpanan terus daripada gaji pekerja dan juga majikan untuk kegunaan pekerja tersebut setalah dia bersara. Menurut IMoney.My sebuah portal yang mengkaji keadaan kewangan di Malaysia, kita perlu sekurang-kurangnya RM2,700 sebulan untuk hidup dengan selesa. Bersama dengan isteri, jumlah tersebut bertambah kepada RM4,500 sebulan dan jika bersama dengan anak tanggungan ketika bersara kita memerlukan sekurang-kurangnya RM6,500 sebulan.

Kalau seseorang ingin bersara pada umur 55 tahun, dia perlu mengumpul RM 648,000 sekiranya dia hidup berseorangan, RM1.08 juta jika beristeri dan RM 1.56 juta jika masih ada anak tanggungan semasa bersara. Menurut kajian yang sama, sasaran KWSP untuk seorang pekerja mengumpul RM 228,000 pada umur 55 tahun sudahpun tidak mencukupi.

Memandangkan i-Sinar memberi pekerja mengeluarkan wang simpanan KWSP mereka yang sepatutnya dikeluarkan selepas persaraan, maka generasi perkerja ini tidak mungkin boleh bersara pada umur 55 tahun dan berkemungkinan akan meneruskan pekerjaan mereka sehingga mencapai umur 70 an. Dalam kajian yang bertajuk, “Journal of Population Ageing”, menunjukkan persaraan yang berlaku pada umur yang lambat boleh memudaratkan kesihatan fisikal dan mental seseorang. Ini akan menyebabkan seseorang itu hidup dalam derita untuk peghabisan hayat mereka. Juga tidak boleh dilupakan bahawa perubatan untuk kesihatan fisikal dan mental juga adalah sangat mahal lebih lagi apabila umur sudah mencecah 60 tahun. Bilangan syarikat insurans yang sanggup menjual kepada orang 60 tahun ke atas adalah sangat kurang dan jikalau ada pun, perkhidmatan yang diberi adalah terhad.

Kesan buruk i-Sinar tidak berakhir dengan pekerja generasi ini, malah pekerja generasi akan datang juga akan terjejas oleh inisiatif ini. Tujuan persaraan bukan sahaja untuk memberi peluang kepada pekerja yang berumur untuk berehat, tetapi juga untuk membuka peluang pekerjaan kepada generasi pekerja yang baru untuk mengambil alih tugas mereka. Persaraan juga merupakan antara langkah untuk menggurangkan kadar pengangguran negara.

Jikalau pekerja generasi ini tidak mampu bersara, maka peluang pekerjaan akan tertutup untuk generasi akan datang. ‘Automation’ atau automasi yang datang dengan revolusi industri 4.0 sudah pun menjadi punca utama yang menyebabkan kadar pengangguran dunia meningkat, maka di masa hadapan apabila teknologi semakin canggih boleh mengambil alih tugas manusia semakin banyak, masalah pengangguran yang disebabkan oleh i-Sinar ini akan menambahkan lagi ‘cili di dalam sambal yang sudah pedas.’

Walaubagaimana pun, kita masih belum boleh lihat cara lain untuk menangani masalah kekurangan pendapatan selain daripada i-Sinar. Covid-19 bukan sahaja telah membawa wabak penyakit yang merbahaya, tetapi juga telah melumpuh banyak industri di seluruh dunia. Namun isu-isu yang akan datang disebabkan oleh inisiatif i-Sinar ini tidak boleh dilupakan dan mana-mana kerajaan pada masa depan harus memberi tumpuan penuh terhadap isu ini. Masih ada masa untuk menghalang kesan buruk inisiatif i-Sinar ini daripada berlaku. Tetapi ia akan mengambil dasar ekonomi yang drastik untuk mengubah hala destinasi yang negara kini menujui.

Kita juga mesti ingat bahawa inisiatif seperti i-Sinar dan lain-lain lagi adalah antara tanda kerajaan kita selama 20 tahun ini tidak langsung membuat persediaan untuk menghadapi krisis global seperti Covid-19. Ini juga telah menelanjang situasi kewangan negara yang rapuh, dirosakkan oleh korupsi, penyelewengan dan ‘mismanagement’ atau salah urus yang sudah bertahun lama menghantui kita. Kita harus bertindak sekarang supaya perkara seperti ini tidak lagi berulang.

Foto: MalaysiaKini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

LANGGANI BULETIN KAMI

IKUTI KAMI

Berita Terkini

Melaka elections – a repetition of the Sabah 2020 elections?

The Melaka State Assembly was dissolved on October 4th,...

Bring Back The “Human” In All Of Us

WE live life doing repetitive tasks, habitual actions and...

Suatu erti merdeka

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Menyahut seruan merdeka kali ini terasa amat...

Pakatan Harapan Harus Mulakan Rundingan Kerusi Untuk PRU15

Beberapa bulan sebelum PRU14, keempat-empat parti dalam gabungan Pakatan...

berita berkaitanuntuk anda
di bawah