Menghayati Hari Pendidikan Sedunia 2021

-

Hari ini 24 Januari 2021. Hari Pendidikan Sedunia.

Satu sebab kenapa terdapat banyak sambutan hari sedunia adalah kerana sambutan itu sendiri menjadi antara usaha mendidik masyarakat sedunia tentang isu dan permasalahan sejagat.

Sambutan ini juga usaha untuk mendesak agar adanya political will daripada pihak berwajib untuk mengambil tindakan mengubah keadaan sedia ada.

Tahun ini, tema untuk Hari Pendidikan Sedunia adalah “Recover and Revitalize Education for the COVID-19 Generation.”

Sebelum kita dilanda krisis kesihatan global akibat Covid-19, sistem pendidikan kita sememangnya ada masalah kerana kita tidak meletakkan pendidikan sebagai hak asasi manusia. Ramai kanak-kanak yang dicicirkan daripada pendidikan berkualiti hanya kerana isu dokumentasi. Kita tidak sanggup berkongsi ilmu kerana ianya akan melibatkan penggunaan sumber negara.

Sebelum kita dilanda krisis kesihatan global akibat Covid-19, sistem pendidikan kita sememangnya ada masalah kerana kita tidak meletakkan pendidikan sebagai hak asasi manusia.

Akibatnya, ramai kanak-kanak yang tiada ruang capaian kepada ilmu. Dari awal lagi, telah terciptanya generasi ketinggalan atau loss generation.

Di satu webinar anjuran sebuah universiti di Taiwan baru-baru ini, saya membentangkan bahawa pandemik ini sekurangnya membuka satu ruang pembelajaran sama rata daripada segi ruang pembelajaran kerana sekarang semuanya di rumah. Semua kanak-kanak belajar di rumah dan anak-anak saya yang tidak berwarganegara juga sekarang dapat melalui pengalaman yang sama seperti kanak-kanak lain.

Tapi tuan puan, itu sahaja yang sama kerana kita belum bercakap tentang keadaan rumah, keadaan sosio-ekonomi isi rumah, jumlah isi rumah, kemampuan ibu bapa menyediakan ruang yang kondusif untuk pembelajaran, kemampuan ibu bapa membantu proses pembelajaran dan banyak lagi yang langsung tidak sama rata.

Isu hak kepada pendidikan untuk semua ini adalah penting dan wajib diperbahaskan pembuat dasar agar tiada lagi yang dicicirkan.

Ada pelbagai lagi kritikan berkenaan sistem pendidikan disepanjang pandemik ini. Guru dan ibu bapa terlibat dalam beberapa episod perbalahan. Pada saya, semua pihak sekarang mempunyai permasalahan sendiri. Yang wajib, adalah kita melahirkan kebersamaan dan permuafakatan dalam mendepani isu pendidikan anak pelajar.

Pada masa yang sama, pandemik ini telah merompak suatu bahagian besar fasa kehidupan anak pelajar.

Sistem pendidikan kita tidak tersedia dan disediakan untuk menghadapi krisis. Sebagai contoh SPM yang tinggal berapa hari lagi, masih belum diberi SOP atau garis panduan urusan peperiksaan kepada pihak sekolah.

Ada pelbagai lagi kritikan berkenaan sistem pendidikan disepanjang pandemik ini. Guru dan ibu bapa terlibat dalam beberapa episod perbalahan. Pada saya, semua pihak sekarang mempunyai permasalahan sendiri. Yang wajib, adalah kita melahirkan kebersamaan dan permuafakatan dalam mendepani isu pendidikan anak pelajar.

Saya sangat kagum dengan ramai guru-guru dan ibu bapa yang datang dengan pelbagai inovasi, tips serta cadangan penambahbaikan PdPR. Ramai yang berkongsi dalam usaha memudahkan semua. Tahniah.

Untuk pihak berwajib, ini adalah masa yang sangat penting untuk dihadapi secara lebih berstruktur, cekap dan mengambil kira keadaan semua golongan anak pelajar.

Cadangan:

  1. Guru dan sekolah diberi lebih autonomi dalam melaksanakan PdPR kerana guru lebih arif tentang keadaan dan isu yang dihadapi anak pelajar mereka.
  1. Sistem penilaian wajib dinilai dan distrukturkan semula.
  1. TV dan radio pendidikan ditambah masa siaran dan ditambahkan fungsinya agar capaian sebaran ilmu mencakup semua anak pelajar terutamanya yang ketinggalan di kawasan tiada capaian internet.
  1. Menggunakan alat peranti untuk pendidikan mampu milik dan tingkatkan kualiti kelajuan internet.
  1. Sebuah jawatankuasa wajib ditubuhkan untuk mengkaji dan menyelesaikan permasalahan pendidikan zaman pandemik ini.

Cadangan saya bukan sesuatu yang luar biasa. Ini adalah cadangan yang telah ramai usulkan.

Ini adalah hal ehwal pembinaan diri anak pelajar untuk hari ini dan masa depan. Masa ini juga golongan 1% yang sangat berkemampuan boleh bersama menyumbang untuk anak pelajar.

Semoga, tiada anak pelajar yang tercicir akibat daripada kegagalan kita menangani keadaan.

Dalam menyambut hari ini, saya ingin mengambil peluang berterima kasih kepada semua pendidik, ibu bapa dan anak pelajar atas segala usaha dan kekuatan yang telah disalurkan dalam memastikan kelangsungan pendidikan.

SELAMAT HARI PENDIDIKAN SEDUNIA 2021!

 

Foto: UNESCO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

LANGGANI BULETIN KAMI

IKUTI KAMI

Berita Terkini

Melaka elections – a repetition of the Sabah 2020 elections?

The Melaka State Assembly was dissolved on October 4th,...

Bring Back The “Human” In All Of Us

WE live life doing repetitive tasks, habitual actions and...

Suatu erti merdeka

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Menyahut seruan merdeka kali ini terasa amat...

Pakatan Harapan Harus Mulakan Rundingan Kerusi Untuk PRU15

Beberapa bulan sebelum PRU14, keempat-empat parti dalam gabungan Pakatan...

berita berkaitanuntuk anda
di bawah