Halangan Undi18 menunjukkan kelemahan kerajaan

-

Kelayakan mengundi pada pilihan raya umum pada usia 18 tahun yang sepatutnya berkuatkuasa Julai ini tidak dapat diteruskan walaupun Dewan Rakyat sudah meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 pada bulan Julai 2019.

Sekiranya pindaan ini benar-benar ditangguhkan ke tahun depan, orang muda berusia 18 hingga 20 mungkin tidak dapat menyertai pilihan raya umum yang mungkin diadakan setelah darurat di Malaysia tamat.

Menurut penjelasan daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, pindaan ini terpaksa ditangguhkan kerana wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang mengganggu kerja persiapan SPR. Buat masa ini, kita tidak tahu sama ada ada dalang di belakangnya, tetapi penjelasan Datuk Abdul Ghani Salleh telah secara jelas mendedahkan kelemahan agensi kerajaan dan kabinet, dan persepsi segelintir rakyat Malaysia.

Pertama sekali, agensi kerajaan tidak menyediakan platform untuk berkomunikasi dengan orang ramai. Komunikasi selalunya melibatkan kedua-dua pihak. Jika satu pihak haya menyampaikan idea kepada pihak lain, tidak kira seberapa terperinci penjelasannya, komunikasi yang berkesan tidak dapat dicapai.

Walaupun banyak parti politik, NGO, dan anggota Parlimen (termasuk Ahli Parlimen parti pemerintah seperti Khairy Jamaluddin) protes pengumuman ini, tetapi SPR masih tidak memberi sebarang jawapan kepada pihak-pihak ini.

Agensi kerajaan harus mendengar tuntutan daripada masyarakat selain menjelaskan pelaksanaan polisi kepada mereka supaya dapat berkembang ke arah lebih positif dalam urus pentadbiran. Masalah ini bukan sahaja berlaku kepada SPR tetapi juga berlaku di agensi lain seperti Jabatan Kerja Raya. Agensi kerajaan perlu sentiasa ingat bahawa tujuan mereka adalah untuk berkhidmat kepada orang ramai, bukan mereka sendiri.

Kedua, Kabinet pemerintah telah mengabaikan kepentingan pendidikan. Kematangan seseorang tidak berdasarkan umur dia, tetapi berdasarkan apakah yang kita lihat dan dengar. Pendidikan politik tidak seharusnya hanya melibatkan golongan muda, tetapi rakyat seluruh negara juga perlu dipertimbangkan. Pendidikan yang berkesan dapat menyedarkan masyarakat tentang kepentingan mengundi dan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Parti pemerintah tidak perlu takut untuk menerapkan pendidikan politik, kerana mereka sendiri juga memerlukan sokongan daripada pengundi yang kritikal. Jika kehilangan pengundi mempunyai tahap kesedaran yang baik, pemimpin yang tidak layak dalam parti akan berpeluang memegang kuasa dan akhirnya menyebabkan parti tersebut semakin merosot.

Isu yang harus diberi perhatian adalah pendidikan politik mesti tepat dengan fakta, jika tidak, ia hanya akan dijadikan sebagai senjata oleh parti pemerintah. Kerajaan  boleh bekerjasama dengan NGO untuk menyediakan pendidikan politik bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan memastikan kualiti serta ketelusan pendidikan politik.

Ketiga, masih ada orang berpendapat bahawa pemuda tidak boleh mengundi secara rasional. Namun, dalam sistem demokrasi, kita tidak boleh mengeksploitasi isu hak orang muda untuk mengundi dengan anggapan bahawa mereka tidak dapat membuat pilihan yang tepat.

Ramai mempercayai bahawa orang muda sering mendapat idea politik daripada media yang berat sebelah, memilih calon mengikut pilihan sebarangan mereka, dan tidak mengetahui masalah yang dihadapi oleh negara ini. Tindakan mengetepikan kuasa orang muda hanya kerana tidak bersetuju dengan idea mereka bukan pendekatan yang sangat matang.

Contohnya, jika nilai seseorang pelajar tidak memuaskan, tanggungjawab ibu bapa ialah memberi peluang dan galakan kepada mereka, bukan membiarkan mereka tercicir daripada pendidikan. Ini sewajarnya dalam sektor pendidikan, dan begitu juga dalam politik.

Saya percaya dengan menurunkan had usia pengundi, Malaysia boleh berkembang menjadi sebuah negara yang lebih demokratik. Ahli-ahli Parlimen akan memberi lebih tumpuan kepada kawasan Parlimen berkait kerana akan berhadapan sekumpulan besar pengundi baru yang mana cukup bilangannya untuk menjayakan atau menamatkan kerjaya politik mereka. Kebajikan pemuda juga dapat menjadi isu utama pada masa depan. Dengan demikian, pemuda yang berbakat akan memilih untuk menetap di Malaysia berbanding berkhidmat di negara lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

LANGGANI BULETIN KAMI

IKUTI KAMI

Berita Terkini

Melaka elections – a repetition of the Sabah 2020 elections?

The Melaka State Assembly was dissolved on October 4th,...

Bring Back The “Human” In All Of Us

WE live life doing repetitive tasks, habitual actions and...

Suatu erti merdeka

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Menyahut seruan merdeka kali ini terasa amat...

Pakatan Harapan Harus Mulakan Rundingan Kerusi Untuk PRU15

Beberapa bulan sebelum PRU14, keempat-empat parti dalam gabungan Pakatan...

berita berkaitanuntuk anda
di bawah