‘Buff’ The Rakyat, ‘Nerf’ The Kerajaan

-

Negara kita berada dalam keadaan yang tidak menentu. Walaupun keadaan negara tidak seteruk negara lain yang kurang membangun, namun, jikalau perbandingan dibuat dengan keadaan negara kita sepuluh tahun yang lalu, maka kita bukan sahaja boleh melihat malah boleh merasa kemerosotan yang dialami negara kita Malaysia.

Naluri alami manusia akan langsung mempersalahkan wabak COVID-19 sebagai pemangkin kepada masalah-masalah yang kita hadapi. Namun, penelitian yang lebih mendalam boleh mengesahkan bahawa pandemik ini hanya membesarkan masalah ini dan bukan puncanya.

Ia akan mengambil masa yang terlalu lama untuk kita menyenaraikan setiap masalah dan puncanya yang kini menghantui negara kita. Bagi jimatkan masa, kita hanya perlu melihat kepada akar yang menjadi asas setiap masalah lain yang kita ada, iaitu kegagalan kepimpinan. Dan masalah ini pula berpunca daripada ketidakseimbangan antara kuasa kerajaan dan rakyat.  Tradisinya, rakyat Malaysia jarang membangkitkan persoalan “kuasa rakyat”.

“Untuk negara bertambah maju, kerajaan harus diberi kuasa penuh,” adalah pemikiran yang telah terpahat dalam minda ramai rakyat Malaysia setelah berada di bawah pemerintahan Barisan Nasional selama 60 tahun.

Walaupun, kini lebih ramai yang berani mempersoalkan kerajaan berbanding 20 tahun lepas, di kalangan mereka juga ada yang mempunyai kecenderungan untuk berfikiran “kerajaan sepatutnya lebih berkuasa”. Sementara itu kita boleh lihat di negara-negara membangun seperti United Kingdom, Korea Selatan dan Australia keseimbangan antara kuasa rakyat dan kuasa kerajaan adalah perbezaan yang melonjakkan negara mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Tidak dinafikan negara-negara ini juga mempunyai masalah tersendiri, namun masalah ini tidak terlalu mendalam dan tidak memerlukan pertukaran yang banyak untuk diperbaiki. Dan jika kerajaan gagal untuk memperbaiki masalah-masalah ini, rakyat mereka mempunyai kaedah dan mekanisme untuk mejatuhkan kerajaan yang sedia ada.

Jika dibandingkan dengan negara kita pula, rakyat perlu bekerja keras untuk menukar kerajaan yang mengabaikan tanggungjawabnya. Pada Pilihan Raya Umum ke-14, kejatuhan kerajaan Barisan Nasional memerlukan sebuah isu yang sudah tidak terkawal, pencaturan politik yang lebih rumit daripada plot tulisan ‘Shakespeare’ dan kebangkitan golongan pemuda.

Dan kita kini berada di rumah tanpa daya membuat apa-apa untuk menentang kerajaan yang tidak diundi kita yang menghancurkan negara kita. Keadaan tidak terdaya yang kita semua rasai sekarang menjadi bukti kukuh bahawa kerajaan Malaysia memegang terlalu banyak kuasa manakala rakyatnya terlalu sedikit.

Apa yang kita harus lakukan sekarang adalah untuk kurangkan kuasa yang dipegang oleh menteri-menteri dan Perdana Menteri dan tingkatkan permerkasaan rakyat.

Apa yang kita harus lakukan sekarang adalah untuk kurangkan kuasa yang dipegang oleh menteri-menteri dan Perdana Menteri dan tingkatkan permerkasaan rakyat. Sebagai contoh, Perdana Menteri sepatutnya hanya boleh menetap di kediaman rasmi di Putrajaya sementara dia memegang jawatan Perdana Menteri.

Ini dapat menjimatkan duit rakyat daripada pengubahsuaian yang perlu dibuat kepada rumah kediaman persendiriannya dan duit minyak yang dikeluarkan untuk pegawai-pegawai keselamatanya. Ia juga memberi peluang untuk menunjukkan ketelusan gerak geri, perbualan dan perjumpaan Perdana Menteri itu sendiri.

Ini akan mengurangkan peluang mana-mana Perdana Menteri untuk terlibat dalam percaturan yang melibatkan penyelewengan duit rakyat dan penyalahgunaan kuasa. Jika segala protokol dan prosedur dilaksanakan dengan baik, maka perkara ini juga tidak akan menganggu tugasannya sebagai Perdana Menteri kerana Presiden Amerika Syarikat juga mengaturkan jawatan Presiden sebagai institusi dengan cara yang sama.

Itu sebabnya Presiden mereka harus menetap di ‘White House’ dan setiap catatan perbualan telefon, mesej, email dan pengunjung boleh dibaca dan didengar oleh rakyat di perpustakaan rasmi mereka selepas mereka bersara.

Bagi meningkatkan upaya kuasa rakyat, contoh langkah yang paling senang adalah penerbitan data sebenar tahunan kerajaan yang dibuat secara awam. Rakyat berhak untuk mengetahui dengan terperinci perkembangan dan gerak hala tuju negara. Dan penerbitan data ini membolehkan kita menilai dengan tepat sama ada kerajaan yang memimpin membawa kemajuan atau kemunduran. Namun, untuk mendapat data yang sahih, pengumpulan data dan penyelidikan ini harus datang daripada pihak ketiga yang bukan dari kalangan kerajaan ataupun pembangkang.

Bagi meningkatkan upaya kuasa rakyat, contoh langkah yang paling senang adalah penerbitan data sebenar tahunan kerajaan yang dibuat secara awam. Rakyat berhak untuk mengetahui dengan terperinci perkembangan dan gerak hala tuju negara.

Kita juga boleh menegakkan kebebasan kewartawanan yang lebih menyeluruh. Perkara seperti intimidasi dan pegangan kuasa ke atas penerbitan berita oleh kerajaan mesti dihentikan. Tugas wartawan untuk menyampaikan berita yang betul kepada pembaca mereka.

Dan jika kerajaan masih cuba untuk menyekat tugasan mereka dengan apa cara sekali pun atau cuba mempengaruhi pengeluaran berita, maka informasi sebenar tidak akan sampai kepada rakyat. Kita juga faham bahawa kebebasan ini dalam keadaan tertentu juga mungkin akan memberi peluang kepada kebangkitan berita palsu, namun ia adalah tanggungjawab kita untuk menilai setiap informasi dengan tepat. Untuk mengetahui mana yang betul dan mana yang salah.

Walaupun konsep mengurangkan kuasa kerajaan dan meningkatkan kuasa rakyat ini dapat difahami oleh sesetengah orang, namun ia mungkin terlalu panjang untuk diterangkan dengan cara biasa kepada mereka yang tidak berapa terdedah kepada isu sebegini. Lebih-lebih lagi golongan yang mempunyai jangka masa perhatian yang pendek.

Seperti “Buff Rakyat, Nerf Kerajaan”.

Ia bergantung kepada parti seperti parti MUDA untuk menyampaikan mesej ini dengan jelas kepada mereka. Memandangkan permainan video game adalah kebiasaan bagi sesetengah golongan ini, maka ia lebih sesuai untuk menyampaikan dengan bahasa yang mereka lebih fahami dan gemari. Seperti “Buff Rakyat, Nerf Kerajaan”.

Kebanyakkan golongan muda waktu sekarang sudah biasa dengan konsep, ‘Buff’ dan ‘Nerf’. Kerana bilangan mereka yang bermain game atau ‘gamers’ adalah ramai. Dan konsep ini juga sudah mula bergerak masuki budaya popular zaman sekarang. Tetapi kepada mereka yang tidak biasa dengan konsep ini, penjelasannya adalah mudah. Zaman sekarang pembuat game atau ‘developers’ akan sentiasa membuat perubahan kepada game yang kita sering main. Daripada game ternama seperti Dota 2 kepada game eksklusif seperti Overwatch.

Tujuan perubahan ini adalah supaya keadaan game tersebut adalah selalu seimbang dan tidak ada watak atau alatan di dalam game tersebut terlalu kuat berbanding yang lain. Ini pula adalah untuk mengelak daripada sesetengah golongan pemain daripada mengeksploitasi kekuatan tersebut.

Dan jika ada ketidakseimbangan maka pemain tidak boleh bermain dengan baik dan lambat laun akan berhenti main game tersebut. Untuk mencapai keseimbangan ini, setiap perubahan daripada ‘developers’ akan ada buff dan nerf. Mana-mana watak atau alatan terlalu lemah akan diberikan buff dan yang terlalu kuat akan dikenakan nerf.

Buff dan Nerf pula akan selalu dilakukan untuk memastikan juga cara permainan tidak menjadi basi, yang juga boleh membuat populariti game tersebut menurun. Oleh kerana ramai dalam kalangan orang muda memahami konsep ini, kita dapat menggunakan terma ini supaya mereka boleh memahami konsep perubahan yang perlu dilakukan untuk memperbaiki negara kita.

Perjuangan kita adalah sangat sukar. Dan kita perlukan sokongan semua orang. Golongan muda adalah kunci untuk membawa perubahan di negara kita. Mereka yang menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2018. Kita tidak boleh membiarkan golongan ini terpecah menjadi blok-blok lain.

Tentunya, kita faham bahawa secara terperinci perubahan yang perlu dibuat adalah lebih kompleks dan mendalam daripada buff dan nerf. Tetapi jika kita mahu orang ramai memahami dengan langsung dan segera apa yang perlu dilakukan maka slogan seperti ini adalah sangat efektif untuk menarik sokongan golongan muda.

Perjuangan kita adalah sangat sukar. Dan kita perlukan sokongan semua orang. Golongan muda adalah kunci untuk membawa perubahan di negara kita. Mereka yang menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2018. Kita tidak boleh membiarkan golongan ini terpecah menjadi blok-blok lain.

Pendekatan baru dan kreatif harus digunakan untuk menyatukan golongan pemuda untuk menyelamatkan negara kita.

Seperti di Korea Selatan yang menggunakan watak D.Va daripada game ‘Overwatch’ untuk menyatukan golongan pemuda wanita. Kita juga harus mencari ilham daripada sesuatu yang asing daripada politik biasa.

“Buff Rakyat, Nerf Kerajaan”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

LANGGANI BULETIN KAMI

IKUTI KAMI

Berita Terkini

Melaka elections – a repetition of the Sabah 2020 elections?

The Melaka State Assembly was dissolved on October 4th,...

Bring Back The “Human” In All Of Us

WE live life doing repetitive tasks, habitual actions and...

Suatu erti merdeka

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Menyahut seruan merdeka kali ini terasa amat...

Pakatan Harapan Harus Mulakan Rundingan Kerusi Untuk PRU15

Beberapa bulan sebelum PRU14, keempat-empat parti dalam gabungan Pakatan...

berita berkaitanuntuk anda
di bawah