Asimetri Politik: Kenapa Ahli Politik yang Elok Kurang Kelebihannya Berbanding Ahli Politik Buruk (II)

-

Pembohongan Tersebar Lebih Cepat Daripada Kebenaran

Pada February 2019, Wee Ka Siong (wakil rakyat Ayer Hitam) menimbulkan kekecohan dengan menuduh Lim Guan Eng, Menteri Kewangan pada masa itu, menipu apabila Lim berkata bahawa dia pernah menjadi akauntan bertauliah.

Sebaik sahaja Wee buat tuduhan itu, ramai yang menyanggah kenyataannya dalam media sosial sebagai kenyataan yang tidak tepat.

Adakah ahli politik BN seperti Wee bodoh? Adakah Wee menjejaskan reputasinya kerana membuat tuduhan yang bukan-bukan? Tidak. Kerana cybertrooper BN akan mengambil kata-katanya dan membesarkan isu ini tanpa mengambil kira sanggahan yang dibuat oleh orang yang lebih berpengetahuan tentang perkara berkenaan. Dengan cepatnya, ramai yang melayari media sosial secara biasa dan tidak mempersoalkan isu ini dengan terperinci akan menyangka bahawa tentu Lim Guan Eng telah menipu. Sanggahan yang dibuat untuk membantah kenyataan Wee (tentang takrif rasmi akauntan bertauliah) semestinya agak teknikal, menyebabkan lagi tidak ramai yang akan mengendah sanggahan itu.

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong witnessing a memorandum of understanding (MoU) signing between Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) and China Medical University (Taiwan).

Sumber: The Star

Dengan begitu, Wee Ka Siong telah berjaya menimbulkan keraguan terhadap kredibiliti Lim Guan Eng – dan ini sama sekali tiada kaitan dengan kebenaran atau tidak kenyataan yang dibuat olehnya. Ahli politik dari zaman dulu memang sedar bahawa pembohongan yang diulang banyak kali akan memberi tanggapan kepada orang ramai bahawa pembohongan itu suatu kebenaran. Ini merupakan satu lagi contoh asimetri, dan ia bermaksud pihak yang membohong boleh menyusun naratif politik dengan mudah, manakala si tuduh yang tidak bersalah akan bertemu kesukaran untuk membersihkan nama.

* * *

Penyokong PH Lebih Kritikal Terhadap Ahli Politik PH Berbanding Penyokong PN/BN/BN Terhadap Ahli Politik Mereka

Sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) ditubuhkan pada Mei 2018, penyokong PH mengawasi ketat dan memerhati setiap tindakan dan kenyataan yang dibuat oleh ahli politik PH. Sedikit sahaja kesalahan, kesilapan, atau persepsi bahawa menteri dan wakil rakyat PH menyimpang daripada etika politik, penyokong PH tidak akan teragu-ragu untuk mengecam PH. Penyokong PH bukan golongan yang seragam fikirannya, memang terdapat banyak pendapat yang berbeza, dan seringkali penyokong PH akan bertengkar sesama sendiri tentang keputusan atau dasar kerajaan PH.

Ini berbeza dengan penyokong PN atau BN atau MN. Mereka boleh dikatakan lebih ‘bersatu’. Penyokong UMNO atau PAS akan menyokong UMNO atau PAS, walau apapun yang dibuat oleh parti-parti itu. Mereka kuat mempertahankan dan melawan. PAS kalau membahayakan nyawa rakyat, termasuk penyokongnya sendiri (misalnya di Kelantan dan Kedah, kerana kelalaian kerajaan PAS mereka mengalami banjir dan pencemaran air yang mengancam nyawa), penyokong PAS tetap akan mengundi wakil rakyat PAS.

Penyokong UMNO pula, ada yang mempunyai nostalgia kepada sejarah agong UMNO yang memperolehi kemerdekaan untuk negara. Ada yang mengikut kepentingan dan nafsu dalam merebut jawatan atau memungut wang, walaupun hari ini UMNO mungkin kurang atau terbatas aksesnya terhadap kedua-dua unsur itu berbanding dengan masa lalu. Ada juga yang setia seperti Hang Tuah, iaitu kesetiaan yang tidak mengambil kira baik buruk pemimpin yang diikuti.

Ini sama seperti yang dikatakan oleh Donald Trump semasa dia bertanding untuk jadi Presiden A.S., “Saya boleh berdiri di tengah-tengah 5th Avenue di New York City dan tembak mati seseorang, tetapi saya tetap akan mengekalkan sokongan semasa pilihanraya.”

Hasilnya, PH dikecam daripada kedua-dua belah, oleh penyokong pembangkang dan penyokong parti-parti sendiri. Manakala PAS atau UMNO atau Bersatu hanya akan dikecam oleh golongan bukan penyokong.

Keadaan ini memberi persepsi bahawa PH kurang mampu dalam pentadbiran, dan mudah menimbulkan kemarahan, berbanding dengan kerajaan yang terdiri daripada PAS atau UMNO atau Bersatu, walaupun pentadbiran PH lebih baik.

Ini melemahkan PH dan menyebabkan sukarnya PH untuk mentadbir negara. Jika PH hendak meluluskan sesuatu yang berat diluluskan oleh kerana kerumitan politik, seperti ICERD dan Rome Statute, ia akan mendapati bahawa tidak cukup kekuatan politik untuk melaksanakannya.

Ini sama seperti yang dikatakan oleh Donald Trump semasa dia bertanding untuk jadi Presiden A.S., “Saya boleh berdiri di tengah-tengah 5th Avenue di New York City dan tembak mati seseorang, tetapi saya tetap akan mengekalkan sokongan semasa pilihanraya.”

Sebaliknya, kerajaan Perikatan Nasional akan buat apa sahaja mereka kehendaki, tanpa menghiraukan aduan lantang daripada penyokong PH. Kekuatan PN ialah ia tidak dikecam kuat seperti yang dialami PH, walaupun kegagalan dan kelalaian pentadbirannya jauh lebih teruk.

Keadaan ini wujud juga di negara lain seperti Amerika Syarikat. Pada abad ke-21, parti Democrat merupakan parti yang lebih prihatin terhadap keperluan golongan B40 mereka. Ahli Democrat yang mengutamakan kebajikan rakyat, yang ingin memperkenalkan undang-undang untuk menyekat kegunaan senjata api supaya masyarakat lebih selamat, yang mengutamakan pilihan individu, yang melawan korupsi, yang mengikuti fakta sains semasa membuat keputusan, yang menjunjung kesaksamaan.

Walaupun begitu, keadaan parti Democrat sama juga dengan PH, iaitu penyokong Democrat langsung tidak memberi kelonggaran kepada parti mereka sendiri.

Lawan parti Democrat ialah parti Republican, dan parti Republican semasa ia menjadi kerajaan mengabaikan tanggungjawab mentadbir. Daripada segi pilihanraya, sudah menjadi sangat sukar untuk mereka menang pada peringkat persekutuan dan di sesetengah negeri, oleh itu mereka lebih ingin luang masa untuk menggubal undang-undang yang membantu mereka merampas kuasa atau menyekat undi untuk pihak lawan. Setelah mereka menang, mereka tidak pula menjaga kebajikan rakyat – malah pengundi sendiri pun mereka abaikan. Dalam empat tahun pentadbiran Trump, seorang presiden parti Republican, walaupun dia selalu janji untuk membersihkan Washington daripada unsur-unsur korupsi (“drain the swamp”), akhirnya dia sebenarnya tidak menunaikan janjinya untuk membela golongan bukan kaya. Lebih-lebih lagi, boleh dihujahkan kerajaan Trump telah membunuh beratus ribu rakyat Amerika kerana kecuaiannya dalam menangani pandemik COVID-19.

Namun begitu, penyokong Republican tetap mengundi Trump dan parti Republican, walaupun banyak di kalangan mereka tidak lagi menyokongnya. Dalam pilihanraya umum Amerika Syarikat tahun lalu, 74 juta pengundi menyokong Trump – ini jumlah undi yang terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat yang diperolehi seorang calon presiden yang gagal dalam pilihanraya. (Presiden Biden memperolehi 81 juta.)

Sebaliknya, jangan fikirkan bahawa penyokong Democrat sudah berjaya mengangkat wakil politik mereka untuk menjadi kerajaan, mereka akan berasa puas hati. Sedikit sahaja kesilapan atau menyimpang daripada prinsip politik, atau satu daripada beribu-ribu ahli politik Democrat yang didapati pernah buat salah sebelum mereka masuk bidang politik, penyokong Democrat akan mengenepikan parti mereka dan bersumpah tidak akan undi Democrat lagi.

Kesimpulannya, parti politik yang ikhlas untuk menjaga rakyat lebih lemah daripada parti politik buruk yang tidak peduli rakyat. Ini juga suatu asimetri.

* * *

Parti Politik Yang Patuh Kepada Prinsip Lebih Mudah Kalah Dalam Pilihanraya

Perlaksanaan pilihanraya secara adil bukan sesuatu yang rumit. Hanya perlu memudahcarakan kemampuan setiap pengundi yang layak untuk membuang undi dan mengungkapkan pilihan mereka untuk membentuk kerajaan negara. Siapa yang miliki lebih banyak undi akan menang, siapa kurang undi akan kalah.

Kerajaan yang baik akan memberi peluang tersebut, dan terima keputusan rakyat untuk menyingkirkan mereka. Mereka faham bahawa semasa berkuasa, mereka perlu menang hati rakyat dengan menjaga kebajikan rakyat, supaya rakyat akan undi mereka lagi.

Ini menjadi rumit apabila ada pihak yang cuba sekerasnya untuk mengekalkan kuasa melalui kaedah penipuan. Biasanya ini adalah pihak politik yang geraknya berunsur jahat.

Siapa boleh lupa masa PRU14, Suruhanjaya Pilihanraya semasa pentadbiran Najib Razak menetapkan hari Rabu sebagai hari mengundi, hanya memberi 11 hari untuk berkempen, dan lewat mengirim kertas undi kepada pengundi luar negara? Di samping itu, negara kita turut terjejas oleh masalah ‘gerrymandering’ dan ‘malapportionment’ yang sudah menjadi kebiasaan sejak zaman pentadbiran Mahathir pada 1990-an.

Pilihanraya wujud supaya rakyat boleh menghukum kerajaan yang angkuh dan mengabaikan rakyat, dan menamatkan kerjaya ahli politik yang sombong dan tidak cekap. Malangnya, keadaan asimetri wujud di mana pihak kerajaan yang mendominasi kuasa boleh membuat penyusunan supaya mereka mengekalkan kuasa manakala pihak pembangkang sukar menang walaupun pembangkang mendapat sokongan majoriti.

Dengan kata lain, ahli politik boleh memilih sama ada mereka mengizinkan pengundi untuk menentukan takdir mereka. Kerajaan yang baik akan memberi peluang tersebut, dan terima keputusan rakyat untuk menyingkirkan mereka. Mereka faham bahawa semasa berkuasa, mereka perlu menang hati rakyat dengan menjaga kebajikan rakyat, supaya rakyat akan undi mereka lagi. Kerajaan yang jahat pula mahu menarik hati penyokong mereka sahaja, dan mencipta halangan bagi mengurangkan kemampuan penyokong pembangkang untuk mengundi.

Tidak dilupai bahawa kerajaan PH yang telah mengusahakan kelulusan undang-undang untuk #Undi18 dan daftar pemilih automatik, dan sekarang kerajaan PN yang berikhtiar untuk menangguhkan pelaksanaannya.

Asimetri politik ini bermaksud parti politik yang baik lebih sukar menang pilihanraya berbanding dengan parti politik yang pendekatannya jahat.

 

* Ini merupakan bahagian kedua daripada siri tiga artikel Asimetri Politik: Kenapa Ahli Politik yang Elok kurang Kelebihannya berbanding Ahli Politik Buruk

Foto: Astroawani

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

LANGGANI BULETIN KAMI

IKUTI KAMI

Berita Terkini

Melaka elections – a repetition of the Sabah 2020 elections?

The Melaka State Assembly was dissolved on October 4th,...

Bring Back The “Human” In All Of Us

WE live life doing repetitive tasks, habitual actions and...

Suatu erti merdeka

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Menyahut seruan merdeka kali ini terasa amat...

Pakatan Harapan Harus Mulakan Rundingan Kerusi Untuk PRU15

Beberapa bulan sebelum PRU14, keempat-empat parti dalam gabungan Pakatan...

berita berkaitanuntuk anda
di bawah