Akta yang Hilang, Rakyat Ditekan

-

Kes kematian A. Ganapathy, telah menimbulkan dua isu besar di Malaysia. A. Ganapathy yang berumur 40 tahun, telah ditahan oleh pihak polis pada 24hb Febuari 2021.

A. Ganapathy ditahan reman selama 12 hari dari 24hb Febuari, dan kemudian telah dimasukkan ke hospital pada 8hb Mac. Namun, pada 20hb April, A. Ganapathy telah meninggal dunia akibat kecederaan setelah beberapa hari berada dalam ICU.

Menurut peguam yang mewakili keluarga beliau, kecederaan A. Ganapathy adalah disebabkan oleh kecederaan yang terjadi semasa dalam tahanan polis. Namun, pihak polis telah menafikan kenyataan itu sebagai punca kematian A. Ganapathy.

Syed Saddiq Dipanggil Untuk Siasatan

Syed Saddiq, yang juga merupakan presiden parti MUDA, telah menghadirkan diri ke balai polis Dang Wangi pada 22hb Mei 2021, 10 pagi. Beliau dipanggil pihak polis untuk disiasat atas sebuah video yang dimuat turun oleh beliau di laman sosial media. Dalam video tersebut, Syed Saddiq menimbulkan isu kematian A. Ganapathy, seorang tahanan polis, yang meninggal dunia sewaktu berada di dalam jagaan polis. Beliau juga menyatakan sokongan dan ‘solidarity’ terhadap keluarga A. Ganapathy, serta supaya siasatan ke atas kematianya dijalankan dengan segera. Beliau juga membangkitkan isu perlaksanaan IPCMC yang boleh membantu mengurangkan kes seperti ini daripada berlaku.

Sekitar sehari atau dua sebelumnya, Syed Saddiq mendapat panggilan daripada pihak polis untuk pergi ke balai polis Dang Wangi untuk memberi kenyataan bagi siasatan video yang disebutkan tadi. Walaupun Syed Saddiq mempersoalkan kenapa perlu menyiasat seorang ahli Parlimen yang menjalankan tugas mempertahankan hak rakyat, dia tetap hadir ke balai polis Dang Wangi tepat pada masa untuk memberi kerjasama kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan mereka. Orang ramai juga berpendapat bahawa pihak polis sepatutnya menumpu perhatian menyiasat kes kematian A. Ganapathy daripada Syed Saddiq yang menyuarakan tentang isu it.

Setelah disoalsiasat selama 2 setengah jam, Syed Saddiq meninggalkan balai polis tanpa apa-apa tindakan lanjut diambil ke atas beliau. Buat masa ini. Namun, beliau menyoal tindakan pihak polis merampas telefon pintarnya, bersamaan dengan akaun ‘instagram’ dan ‘tik tok’ beliau. Beliau tidak meletakkan beban pada pihak polis kerana arahan ini dikatakan tidak dikeluarkan oleh pihak polis, tetapi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Walaubagaimanapun, SKMM kemudiannya mengumumkan bahawa bukan mereka yang memberi arahan tersebut. Ini menimbulkan persoalan sama ada pihak polis hanya mencari alasan dan tindakan mereka merupakan penyalahgunaan kuasa atau budi bicara.

Pada sidang media yang dijalankan di hadapan balai polis Dang Wangi, Syed Saddiq berkata, “saya rasa tidak salah untuk saya sebagai ahli Parlimen pembangkang kepada kerajaan sedia ada yang bertanggung jawab ke atas rakyat yang berbilang bangsa dan agama, yang dipertanggungjawabkan untuk menjadi institusi semak imbang, untuk saya mendesak supaya IPCMC dilaksanakan secepat mungkin. Video itu mesej utamanya adalah untuk Akta IPCMC dilaksanakan.”

Peristiwa ini telah menimbulkan persoalan yang berat tentang keadaan negara kita. Orang ramai mengeluh bahawa pembungkaman seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat sendiri daripada menjalankan tugas mereka mengangkat isu dan mempertahankan rakyat Malaysia adalah tindakan yang tidak padan dengan sebuah negara yang dikatakan demokrasi seperti negara Malaysia.

Perlaksanaan Akta IPCMC

Akta IPCMC atau nama penuhnya akta ‘Independent Police Complaints of Misconduct Commission’ ialah satu akta yang membolehkan penubuhan sebuah suruhanjaya khas yang menyiasat laporan rakyat berkenaan dengan salahlaku tindakan pihak polis.

Suruhanjaya ini diketuai oleh 10 individu termasuk pengerusi dan naib pengerusi dan antara syarat perlantikan mereka adalah mereka tidak boleh terdiri daripada pegawai polis atau bekas pegawai polis. Mereka juga tidak boleh terdiri daripada ahli politik yang memegang jawatan menteri atau menteri Parlimen. 10 ahli jawatankuasa IPCMC juga hanya boleh dilantik dan dipecat oleh Yang Di-Pertuan Agong.

Suruhanjaya ini diberi kuasa penuh untuk menyiasat sebarang aduan yang dibuat orang ramai tanpa perlu melalui birokrasi dalaman badan polis. Ia adalah sama seperti pejabat ‘internal affairs’ di Amerika Syarikat. iaitu sebuah badan yang menyiasat salah laku polis di sana. Semua aduan salah laku daripada kekerasan, rasuah dan tindakan tidak munasabah boleh disiasat oleh IPCMC.

Akta ini sepatutnya dibentangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada bulan Mac 2020. Akan tetapi, langkah Sheraton menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan tanpa pilihanraya. Maka peluang untuk membentangkan akta ini tidak kesampaian.

Kerajaan Perikatan Nasional pernah umumkan bahawa mereka akan membentangkan akta IPCMC atau sebuah akta yang lebih kurang sama pada bulan Ogos 2020, tetapi sehingga kini masih lagi belum kedengaran apa-apa perkembangan. Memandangkan kita masih lagi dalam keadaan darurat dan Parlimen sudah berbulan lamanya ditutup, maka harapan rakyat agar dapat dilindungi oleh akta IPCMC ini semakin pudar.

Pada 20hb Mei, kita mendapat berita tentang seorang lagi tahanan polis yang meninggal ketika dalam tahanan pihak polis. Sivabalan Subramaniam seorang pengawal keselamatan meninggal dunia di balai polis sama A. Ganapathy ditahan, atas tuduhan yang tidak diketahui.

Kes kematian dalam tahanan polis seperti A. Ganapathy dan Sivabalan Subramaniam bukan kejadian yang baru. Sudah terdapat sebelum mereka banyak kes seperti ini. Jikalau tidak ada akta seperti Akta IPCMC untuk melindungi rakyat daripada salah laku pihak polis, dan mana-mana wakil rakyat yang membangkitkan isu ini juga diambil tindakan dan disenyapkan, maka kes seperti A. Ganapathy dan Sivabalan Subramaniam akan berulang lagi.

Persoalannya sekarang: Berapa ramai yang harus melalui perkara yang sama sebelum kerajaan mengambil tindakan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

LANGGANI BULETIN KAMI

IKUTI KAMI

Berita Terkini

Melaka elections – a repetition of the Sabah 2020 elections?

The Melaka State Assembly was dissolved on October 4th,...

Bring Back The “Human” In All Of Us

WE live life doing repetitive tasks, habitual actions and...

Suatu erti merdeka

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Menyahut seruan merdeka kali ini terasa amat...

Pakatan Harapan Harus Mulakan Rundingan Kerusi Untuk PRU15

Beberapa bulan sebelum PRU14, keempat-empat parti dalam gabungan Pakatan...

berita berkaitanuntuk anda
di bawah