65 Tahun Tema Rakyat

-

Pernah dulu perkongsian Pak Halim Ali mengenang 65 tahun Parti Rakyat menarik sekali, dan mengingatkan kita kembali trajektori politik dan sejarah penting yang pernah berlangsung di Malaysia. Dan barangkali masih berlangsung dan sedang berkembang lagi.

Walaupun dalam renungan, Pak Halim menimbulkan satu ucapan yang kita kira mutakhir, yaitu berkenaan ‘tiada pilihan lagi.’

Saat kondisi sosial dan politik Malaysia kini, adakah kita tidak memiliki ‘pilihan lagi’? Malahan situasi Malaysia ini tidak asing, dan nampak seperti berlaku di serata dunia. Semua seolah2 bertanyakan adakah masing2 adanya pilihan lagi, dan lebih kunci adalah sekiranya ada, apa pilihan ini?

Soal dan tema ‘kerakyatan’ yang Pak Halim bicarakan sangat memikat hati, dan fikiran. Sikap dan sudut pandang politik ‘rakyat’ yang terbit lewat penubuhan Parti Rakyat, dan bergerak seiring perkembangan gerakan politik dan sosial negara menjadi asas yang baik untuk kita bertanyakan kembali persoalan2 fundamental.

Antaranya bagaimana kita membina satu naratif dan perspektif politik yang merangkumi semua dan terbina atas nilai2 bersama dan moral? Apakah hubungan wacana politik sebegini dengan isu2 lain berkait ekonomi, budaya dan agama? Adakah naratif yang dibangunkan dapat mendirikan satu negara dan masyarakat yang yakin akan dirinya, dan tidak terluka atau traumatized dengan sejarahnya dan memorinya yang berserpihan ataupun mungkin tiada sekali?

Kita tentu waspada sekali bahawa dalam bicarakan kembali persoalan2 ini, kita tidak bernostaljia atau terlibat dalam romantisisme perjuangan dan idealisme sahaja.

Masihpun begitu, perbincangan dan gerak kerja mengangkat semula wacana2 sebegini sangat diperlukan. Sebagaimana Pak Halim berkongsi perihal ‘tiga bahtera’ besar yang pernah menginsafi gagasan kerakyatan, yakni Burhanuddin Helmy, Ahmad Boestamam dan yang ketiga yang mungkin kurang dibicarakan sebelum ini, Cikgu Abdul Hadi Hassan. Dan yang dianjurkan oleh ramai lagi selepas itu.

Soalan ‘pilihan’, dan ‘panji’ apa yang dapat dan perlu dikedepankan mengejar kita lebih2 lagi pada waktu kini, sebagaimana ia melonjak pada dan tidak dapat ditimbus sejak 1955.

Foto: goodreads

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

LANGGANI BULETIN KAMI

IKUTI KAMI

Berita Terkini

Melaka elections – a repetition of the Sabah 2020 elections?

The Melaka State Assembly was dissolved on October 4th,...

Bring Back The “Human” In All Of Us

WE live life doing repetitive tasks, habitual actions and...

Suatu erti merdeka

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” Menyahut seruan merdeka kali ini terasa amat...

Pakatan Harapan Harus Mulakan Rundingan Kerusi Untuk PRU15

Beberapa bulan sebelum PRU14, keempat-empat parti dalam gabungan Pakatan...

berita berkaitanuntuk anda
di bawah